suria

“Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’

Pekerjaan sebagai juruwang tidak semudah yang disangka. -Gambar hiasan

BIDANG khidmat pelanggan merupakan satu kerjaya mencabar memandangkan petugas perlu berhadapan dengan kerenah manusia yang bermacam ragam.

Namun ia tidak wajar untuk dijadikan alasan pekerja terlibat bermasam muka serta bersikap sambil lewa ketika urusan dijalankan.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan perilaku juruwang di sebuah pasar raya yang didakwa biadab.

Pasar raya menjadi tempat untuk orang ramai membeli barang keperluan dapur. -Gambar hiasan

Menurutnya ketika itu dia sedang beratur di kaunter pembayaran namun terkejut apabila permintaan untuk mendapatkan beg plastik dibalas dengan jawapan yang kedengaran kasar.

"Aku minta beg plastik daripada seorang juruwang ni, tiba-tiba dia herdik aku, dia cakap begini... gaji saya dibayar untuk jadi cashier je, bukan tolong isi barang sekali.

"Terkejut aku dengar, ditambah pula emosi aku waktu itu kurang stabil, memang silap la. Aku terus 'sembur'... ada aku minta kau isi barang ke? Aku minta beg plastik je kan," ujar wanita itu enggan membiarkan dirinya dipijak.

ARTIKEL BERKAITAN: 30 minit tiada pembeli, cashier hampir terlelap... Pemuda ramal beberapa kedai bakal terkubur, bisnes online ‘sapu bersih’ pelanggan

ARTIKEL BERKAITAN: Cef beli pulut ikan masin ‘harga tak logik’, tambah curiga cashier buat kerja sambil lewa... Selepas ‘siasat’ baru mengaku silap kira

Ibarat buku bertemu ruas, juruwang itu terkedu dengan ketegasan wanita tersebut dan pantas menyedari kesilapannya.

"Dia (juruwang) terus minta maaf dekat aku," kata wanita berkenaan berpuas hati.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya memberikan pandangan masing-masing mengenai topik yang diketengahkan.

Walaupun dengan semua masalah tu, tak patut juga lepaskan kemarahan dekat pelanggan.

WARGA MAYA

"Kalau kita tukar tempat dengan juruwang tu, mungkin kita boleh faham betapa penatnya kerja seperti mereka. Lagi-lagi majikan suka eksploitasi, dipaksa kerja lebih masa gara-gara staf tak cukup, bayaran pula ciput, kebajikan pun terabai.

"Walaupun dengan semua masalah tu, tak patut juga lepaskan kemarahan dekat pelanggan. Seharusnya disuarakan kepada pihak pengurusan, itupun kalau mereka nak dengar. Jadi pentingnya di sini untuk tengok situasi kedua-dua belah pihak.

Warga maya bertukar pandangan.

"Oleh itu netizen jangan sesuka hati cakap... kalau tak mahu kerja, silakan berhenti dan duduk rumah. Ini belum lagi sentuh tentang perangai pelanggan yang boleh buat kita darah tinggi.

"Ada satu pelanggan ni saya ingat, cerewet betul sebab banyak barang dia minta saya asingkan dalam plastik berbeza-beza. Geram punya pasal, saya letak satu barang dalam satu plastik, biar penuh tangan dia nak bawa. Zaman tu plastik percuma lagi," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain