suria

Buka kasut sebelum ‘cucuk duit’, selamba berkaki ayam... Lelaki ini diekori sampai luar premis, rupanya ‘boot’ getah tinggal tepi kaki lima

Tindakan individu berkaki ayam di dalam bank menimbulkan tanda tanya.

AKHLAK terpuji boleh ditonjolkan dengan pelbagai cara ketika meniti kehidupan harian.

Ada kalanya perkara yang sudah menjadi kebiasaan tanpa disedari mampu digilap supaya lebih tinggi santunnya.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang lelaki berasa hairan apabila melihat individu memasuki sebuah bank dengan hanya berkaki ayam.

Kasut boot getah individu itu ditinggalkan di luar bank.

Rupa-rupanya individu terbabit membuka kasut boot getah yang dipakainya terlebih dahulu di luar premis sebelum melangkah masuk ke dalam bank untuk berurusan.

Kelakuan yang kelihatan janggal itu menyebabkan lelaki berkenaan tertanya-tanya dan cuba memahami apakah rasional di sebalik perbuatan sedemikian.

Setelah dihadamkan untuk seketika, lelaki itu akhirnya sedar dan segera mengekori individu terbabit untuk memberikan pujian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hujan lebat, staf sebak lihat pakcik masuk 7-Eleven berkaki ayam sebab takut lantai kotor - “Dah tegah, dia nak tanggal juga”

ARTIKEL BERKAITAN: Beri selipar yang dipakai kepada warga emas berkaki ayam tepi jalan... Pemuda ini dapat ‘tabik’ hormat netizen

"Bhaiya awak banyak bagus la, orang lain main masuk je, awak buka kasut di sini dulu," kata lelaki itu kepada individu tersebut yang dipercayai merupakan warga asing.

Malah pada ruangan kapsyen, lelaki itu turut mengakui berasa malu dengan dirinya.

"Tinggi sungguh adabmu, sesungguhnya aku malu," ujar lelaki terbabit merendah diri.

Inilah nilai kekayaan yang sebenar dalam hidup, seperti ustaz saya selalu cakap, adab dulu baru ilmu.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya membuat andaian sebab munasabah mengapa individu itu memilih untuk membuka kasut di tempat awam yang menjadi kawasan lalu lalang orang ramai.

"Rasanya sebab Bhaiya tu tahu kasutnya kotor dan dia tak mahu menyusahkan tukang cuci untuk mop lantai berkali-kali. Bagus dia ada common sense, sedaya upaya elak kotorkan tempat yang sudah bersih.

"Nampak gaya macam Bhaiya tu pun kerja buruh, mungkin dia faham keletihan cleaner kalau ada orang main masuk je dengan kasut yang berpasir atau berdebu, bertambah kerja nak kena bersihkan semula.

Pelayar bertukar pandangan.

"Saya mempunyai rasa hormat yang tinggi untuk orang sebegini. Dia beradab dan selalu fikir tentang orang lain dalam apa-apa hal, bukannya bersikap mementingkan diri. Pemahaman agamanya mesti bagus.

"Inilah nilai kekayaan yang sebenar dalam hidup, seperti ustaz saya selalu cakap, adab dulu baru ilmu. Semoga dia diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan dan diluaskan rezekinya," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain