ANEKA hidangan dengan pelbagai rupa dan rasa membuatkan festival atau karnival makanan menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu. Ditambah dengan kuasa viral, ia menjadikan orang ramai semakin teruja untuk mencuba sendiri produk-produk di festival makanan. Namun di sebalik keriuhan dan kemeriahan acara yang sering ditunggu-tunggu di pelbagai lokasi itu, ada sesuatu yang tidak enak dialami segelintir pengunjung. Pekerja sedang menyiapkan makanan di gerai. -Gambar hiasan Berkongsi cerita, seorang wanita mengimbas tentang pengalaman yang tidak disangka-sangka ketika berkunjung ke salah satu gerai di sebuah pesta makanan. "Hari tu pergi food fest. Dalam banyak-banyak makanan, rasa nak order shawarma. Gerai ni pak Arab yang sediakan shawarma. "Masa tu gerai yang saya beli tak ramai orang. Jadi, sambil menunggu tu tengok jela dia masak dan sediakan. ARTIKEL BERKAITAN: Mentang-mentang ramai suka, penganjur pesta makanan Thai dilihat ambil kesempatan! Harga mengarut, menu tangkap muat ARTIKEL BERKAITAN: “Buat kisah sedih apabila tak laku” - Pelanggan muak layan ‘drama’ peniaga festival makanan, hakikatnya jualan tak sedap tapi mahal "Ada dua orang. Seorang tukang hiris ayam dan gulung, lagi seorang tukang masak dan bungkus," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Umum mengetahui shawarma merupakan makanan dari Timur Tengah yang terdiri daripada potongan lembut ayam atau daging yang dibakar, dibalut ke dalam roti rata dengan sayur-sayuran bercampur pelbagai jenis sos mengikut pilihan dan citarasa. Shawarma menjadi makanan kegemaran ramai. -Gambar hiasan Lebih dikenali sebagai Fatin, dia sama sekali tidak mempercayai apa yang dilihatnya ketika sedang menunggu pesanannya itu. "Tengah tunggu, ternampak peluh tukang hiris dan gulung ni menitik dalam pan yang digunakan untuk masak. Lap peluh dengan baju, lepas tu tangan tak basuh. "Masa tu saya dah kembang tekak dan overthinking. Entah banyak mana dah peluh dia menitik dalam makanan tu agaknya," ujarnya. Saya terus tak jadi nak makan. Kalau tak nampak, tak apa. Ini kalau dah nampak susah sikit. PENGUNJUNG FESTIVAL MAKANAN Terkejut menyaksikan kejadian di depan mata, wanita itu tidak meneruskan hajatnya untuk menikmati makanan tersebut. "Saya terus tak jadi nak makan. Kalau tak nampak, tak apa. Ini kalau dah nampak susah sikit," tambahnya. Kebersihan menjadi keutamaan bagi pelanggan di premis makanan. -Gambar hiasan Jelas wanita itu, sebagai pengguna dia sentiasa akan memilih dan mengutamakan premis yang menyedia serta menjual makanan bersih. "Tak tahu la kalau saya yang cerewet atau memang hygiene (kebersihan) yang tak boleh untuk bertolak ansur. "Ada je orang Melayu yang jual shawarma ni. Dia siap pakai skaf kat leher dan hidung supaya peluh tak menitik," katanya. Mengulas lanjut, dia bersedia dengan kritikan orang ramai mengenai dakwaannya ketika berkunjung ke sebuah festival makanan kerana apa yang lebih penting adalah kebersihan. "Mungkin ada orang akan kata... biasa la tu peluh masuk dalam makanan, kalau makan kat mamak pun sama juga. Penyedap rasa namanya. "Saya memang sangat jarang makan kat kedai mamak. Kalau tak nampak, tak apa. Ini apabila dah nampak, memang turn off terus," katanya yang mengakui hilang selera makan menyaksikan sendiri peluh tukang masak sebagai 'penambah perisa' dalam makanan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube