suria

Pengasuh selalu bagi bayi tengok TV, ibu muda nak tegur tapi takut sentap! Terhutang budi sebab sudi jagakan anak

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak masing-masing. -Gambar hiasan

SETIAP pasangan suami isteri semestinya mahukan yang terbaik buat anak mereka.

Bagi sesetengah ibu bapa, mereka memilih untuk menghadkan aktiviti tertentu terutamanya ketika anak masih kecil demi memastikan kesihatan serta tumbesaran sempurna.

Dalam satu hantaran di aplikasi Thread, seorang ibu meluahkan dilema apabila pengasuh kepada bayinya gemar mendedahkan si kecil itu kepada televisyen.

"Macam mana nak cakap dengan pengasuh ayat yang tak salah faham dan tak tersinggung supaya jangan bagi baby tengok TV?

"Dia cakap dia bagi tengok TV sementara dia boleh buat kerja lain.

anak tv 1

Ibu bapa terpaksa meninggalkan anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan

"Sepanjang saya dalam maternity leave, tak pernah bagi anak tengok TV. Please help me," luahnya.

Menurut wanita tersebut, bayi yang merupakan anak sulungnya itu usianya hampir mencecah empat bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut pengasuh kecil hati, wanita fikir helah sebelum hadiahkan kipas siling... Lega rancangan menjadi, anak sendiri pun selesa

ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!

"Takut juga bila pengasuh dedahkan kepada TV, bila pengasuh tutup TV, anak meragam, pengasuh marah. Saya fikir ke arah itu.

"Saya sangat bersyukur pengasuh sudi jagakan sekejap anak saya sementara saya attend class.

"Saya dah penuhi semua syarat dan cara pengasuh, cuma ini permintaan saya buat kali pertama," luahnya lagi.

Tak perlu cakap dengan pengasuh. Nanti dia fikir kita control mereka macam mana nak buat kerja.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, ramai yang memahami situasi yang dialami ibu muda berkenaan dan tampil dengan cadangan bagi membantunya.

"Saya dulu buat kawasan berpagar kat lantai, letak karpet getah lembut, boleh guna playpen juga. Masukkan mainan sesuai usia untuk baby empat bulan explore. InsyaAllah baby tak gundah dan nanny boleh buat keja lain.

"Borak dengan pengasuh... tanya santai-santai channel apa yang dia buka. Lepas tu cakap buka yang bermanfaat macam selawat nabi dan lain-lain.

"Saya bagi buai, untuk mudahkan kerja. Tapi saya tanya dulu 'kalau bagi buai okay ke?" antara komen netizen.

komen tv

Warga maya memberikan reaksi yang pelbagai terhadap perkongsian individu berkenaan.

Namun ada juga segelintir warga maya yang melontarkan kecaman dan menganggap wanita berkenaan banyak 'songeh' dan tidak tahu bersyukur biarpun dikurniakan pengasuh yang sudi menjaga anaknya.

"Lain orang lain cara jagaan. Tanam rasa bersyukur sikit ada pengasuh yang mempunyai sifat kemanusiaan.

"Tak perlu cakap dengan pengasuh. Nanti dia fikir kita control mereka macam mana nak buat kerja. Jadi berdoa minta Allah lindungi anak-anak bila anak jauh dengan kita.

"Kalau dah letak syarat awal-awal, tak boleh kata apalah. Good luck cuba berbicara dengan pengasuh," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain