suria

GM tak lulus ‘AL’, tolak alasan bawa anak sakit pergi hospital... Siap tulis nota ‘pedih’ - “Kenapa syarikat kena bertanggungjawab?”

Antara dilema ibu bekerjaya adalah terpaksa mengambil cuti apabila melibatkan kesihatan anak-anak. -Gambar hiasan (kiri)

SALAH satu cabaran terbesar bagi golongan ibu yang bekerjaya adalah terpaksa mengambil cuti lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal kesihatan anak-anak.

Biarpun ada yang bergilir-gilir dengan suami ataupun mendapatkan bantuan keluarga, namun dalam kebanyakan masa, para ibu tidak mempunyai pilihan apatah lagi naluri keibuan yang mahu sentiasa berada di samping anak tersayang.

Beruntung jika mempunyai syarikat serta rakan sekerja yang memahami, namun tidak bagi wanita ini apabila diuji dengan sikap majikan yang toksik.

Wanita tersebut berkongsi luahan mengenai pengalaman pahitnya menerusi satu perkongsian di TikTok.

AL 3

Nota yang ditulis oleh pengurus besar syarikat pada borang permohonan cuti individu berkenaan.

"Apabila anak kau sakit, kau mohon cuti dengan alasan 'bawa anak pergi check-up'. Anak kau memang ada masalah paru-paru.

"Tapi GM (pengurus besar) reject cuti kau dan tinggalkan notes," tulisnya memulakan cerita.

ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu

ARTIKEL BERKAITAN: Batal bulan madu pergi outstation, kerja hujung minggu... Staf kesal jadi hamba syarikat, bos sikit pun tak pandang pengorbanan

Menerusi perkongsiannya, difahamkan wanita tersebut memohon cuti tahunan (annual leave) dan menyatakan alasan mahu membawa anak perempuannya ke hospital pada borang permohonan cuti tersebut.

Namun permohonan cutinya bukan sahaja tidak diluluskan malah pengurus besar syarikatnya meninggalkan nota bertulis... kenapa syarikat kena bertanggungjawab?

AL 2

Setiap pekerja berhak mendapat cuti tahunan. -Gambar hiasan

Hal itu sekali gus membuatkan dia tidak berpuas hati.

"Sedangkan orang lain semua boleh apply half day. HR (sumber manusia) sendiri apply half day. Eh tiba giliran aku tak boleh pula. Main jiwa betul. Sebab aku suka melawan kot.

"Company ni nak tahu urusan apa. Tapi kroni-kroni dia tulis 'balik kampung ambil anak', okay je dia approve. Cuma kita masuk tak ada kabel.

"Syarikar ni tak ada istilah akta. Dia nak burn cuti orang ke, nak buang orang ke, ikut dan (kepala) dia je. Company besar tapi confirmation letter pun tak pernah dapat sampai dah berhenti.

"Sekarang company baru Alhamdulillah sangat memahami," luahnya lagi.

Cuti tahunan adalah hak pekerja. Benda ni termaktub dalam akta pekerja... boleh report dekat pejabat buruh.

NETIZEN

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan kisah wanita berkenaan.

Malah mereka turut menasihatkan mana-mana pekerja agar jangan takut untuk bersuara dan mengheret majikan yang melanggar hak pekerja kepada pihak berwajib sebagai pengajaran buat mereka.

AL komen

Sebahagian daripada reaksi warga maya.

"Cuti tahunan adalah hak pekerja. Benda ni termaktub dalam akta pekerja... boleh report dekat pejabat buruh.

"Aku tak faham kenapa cuti tahunan kena letak sebab. Cuti tahunan kan hak pekerja.

"Resign je. Anak-anak lagi penting. Biar hilang kerja, jangan hilang anak. Majikan jenis tak bertimbang rasa," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain