suria

Sanggup tipu konon kerja hebat, gaji besar nak tayang kepada keluarga belah ibu! Rupanya trauma lalu tinggalkan parut

Setiap institusi kekeluargaan tidak dapat lari daripada masalah. -Gambar hiasan

MENJADI impian setiap anak untuk menggembirakan hati ibu bapa dan keluarga.

Namun takdir tidak selalunya menyebelahi diri kerana tidak semua yang dihajati akan diperolehi.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang individu kelihatan terdesak untuk membanggakan ahli keluarga dan saudara maranya sehingga terfikir untuk menipu.

Bukan semua insan beruntung untuk merasai keluarga bahagia. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, dia terfikir untuk bertindak sebegitu disebabkan trauma yang dialami dirinya dan adik-beradik sejak bertahun lalu.

"Aku nak tanya kepada kalian, berdosa ke kalau aku reka sendiri pencapaian aku? Aku nak kelentong yang kononnya aku ni bergaji besar dalam kerjaya aku pilih.

"Aku buat macam ni supaya aku ada sesuatu yang membanggakan untuk ditunjukkan kepada keluarga belah mak aku. Kalau nak tahu, aku dan adik-beradik sejak kecil memang dipandang rendah oleh mereka kerana kami ni orang susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru jadi guru, bapa minta buat loan beli tanah... Takut dilabel derhaka, anak rancang burukkan rekod CCRIS

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara personal loan, kerja ‘gomen’ 10 tahun gaji bersih cuma RM600! Wanita nak jadi pengasuh, malu rakan ofis tahu bakal muflis

"Bukannya niat aku untuk menunjuk-nunjuk dan berlagak, tapi aku rasa ini satu-satunya cara untuk aku balas dendam setelah berapa lama mereka menyakiti hati kami.

"Hati ini sudah membara yang amat dan aku tak boleh tahan lagi," ujar individu itu beremosi.

Perasaan nak lebih daripada orang lain, tak kisah la apa pun puncanya akan menyebabkan awak hidup dalam kerugian.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menasihati individu itu untuk bersabar kerana tindakannya akan membawa lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

"Tak perlu buat macam ni awak, jika kantoi di kemudian hari, pasti jatuh air muka keluarga awak. Kalau awak dok sibuk pamerkan apa yang awak miliki, mereka akan tahu awak ambil peduli tentang tohmahan mereka tu.

"Lagi berganda-ganda mereka nak menghina awak. Buat tak tahu je, nanti mereka pun naik bosan, mereka cuma mahukan perhatian je. Kita hidup dengan cara kita, biar mereka dengan cara mereka.

Pelayar bertukar pandangan.

"Sebenarnya perbuatan awak ni boleh memakan diri nanti. Perasaan nak lebih daripada orang lain, tak kisah la apa pun puncanya akan menyebabkan awak hidup dalam kerugian.

"Awak tergesa-gesa untuk mencari kekayaan demi menawan pandangan mata orang lain, hidup awak berpaksikan orang sekeliling. Lagi satu ingat, berdosa tau menipu," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain