suria

Cucu rayu pemandu Axia terima, sanggup pangku kerusi roda datuk... Rupanya asyik kena ‘reject’, tempah kereta besar pun sama!

Wanita dipuji setelah berkongsi kisah mengambil penumpang OKU. -Gambar hiasan

BEKERJA dalam bidang servis dan perkhidmatan mendorong seseorang itu untuk memahami tingkah laku dan pelbagai ragam manusia.

Pengalaman sama dilalui seorang pemandu e-hailing ketika dia menerima tempahan bagi perjalanan dari sebuah pusat beli-belah ke rumah pelanggan.

Menurut cerita Vee Iqa yang memandu kereta Perodua Axia, dia mengesyaki individu yang membuat tempahan servis e-hailing yang ditawarkannya itu mempunyai masalah kesihatan.

"Hari ini ambil penumpang berbangsa Cina dari sebuah mall. Seorang datuk naik kerusi roda, orang gaji dan cucu yang mungkin merupakan seorang lembam atau autistik.

"Masa sampai, si cucu tanya saya... boleh ke kalau kereta ni dimasuki kerusi roda? Dia guna bahasa Melayu baku.

Pemandu e-hailing banyak berkongsi kisah penumpangnya di media sosial. -Gambar hiasan

"Saya pandang but kereta Axia, pandang wheel chair. Saya katakan maaf tak muat, mungkin boleh ambil tempahan kereta six seater. Tapi budak tu minta tolong kerana sudah beberapa kali buat tempahan e-hailing.

"Tapi banyak yang cancel. Kereta besar pun tak nak. Dia bagi cadangan agar datuknya duduk di depan sementara dia dan seorang wanita yang dipanggil kakak (orang gaji) duduk di belakang pegang kerusi roda," jelasnya dalam hantaran di laman Threads.

Jelas Vee Iqa, si cucu berkenaan kelihatan seperti seorang pemuda dalam lingkungan usia 20 tahun namun gaya percakapannya seperti kanak-kanak berumur 10 tahun.

Katanya lagi, cara pemuda itu bertutur membuatkan dia yakin individu berkenaan adalah orang kurang upaya (OKU).

ARTIKEL BERKAITAN: “Kena offline sebab kau dik... jahanam” - Rezeki pemandu e-hailing tersekat, tempat duduk basah lencun lepas bawa budak sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing mengaku kerja ‘gomen’... Isteri dah 2 tahun tertipu, siap buat loan beli Honda fikir suami mampu bayar

Atas dasar rasa berperikemanusiaan, Vee Iqa akhirnya bersetuju untuk menghantar mereka pulang dengan jarak perjalanan kira0kira 15 minit.

"Lepas saya cakap boleh terus si cucu buka pintu suruh orang gaji masukkan datuk dia dulu. Atuk duduk belah penumpang, cucu dan pembantu rumah pegang kerusi di belakang.

"Saya pandu kereta perlahan je takut terlanggar lubang atau terhentak. Kasihan yang dekat belakang. Saya kagum sebab anak istimewa itu diberikan didikan agama yang baik, sopan dan mungkin pergi sekolah bagus.

Dia harap lain kali dapat jumpa saya lagi... dia berterima kasih sebab sudi tolong.

VEE IQA

"Banyak benda dia tahu. Dia cakap dengan datuknya guna bahasa Cina dan dengan pembantu rumah bahasa Inggeris. Dia sangat prihatin cakap dekat orang gaji... kakak okey ke? Berat? Bersabar ya, kita akan sampai tak lama lagi," jelasnya.

Dalam perkongsian sama, pemandu e-hailing berkenaan menyatakan dia berjaya menghantar ketiga-tiga penumpang itu dengan selamat ke kediaman mereka.

Tambah wanita itu dia juga terharu apabila niat baiknya menerima penghargaan daripada pemuda terbabit.

"Apabila sampai di rumah, pagar automatik terbuka dan dia minta parkir di dalam. Dia pesan pada saya jangan keluar sebab ada anjing. Terkejut saya nampak dua ekor anjing menyambut kepulangan mereka.

Komen netizen di media sosial.

"Si cucu tu hulur RM50 untuk tambang RM12. Saya pun bagi duit baki tapi dia cakap tak perlu. Dia harap lain kali dapat jumpa saya lagi. Dia berterima kasih sebab sudi tolong.

"Kemudian dia ucap selamat tinggal banyak kali sampai saya keluar dari kawasan pagar," jelasnya mengakhiri cerita.

Perkongsian pemandu e-hailing ini ternyata mendapat pujian ramai kerana kesanggupannya membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Seronok baca dan dalam masa sama saya tersentuh. Orang baik akan jumpa orang baik dan dapat balasan baik-baik juga. Terima kasih jadi orang baik.

"Terima kasih dapat baca cerita ada good vibe harini. Semoga dilimpahi rezeki," komen netizen di media sosial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia