suria

Wanita kecewa suami kemalangan sehari sebelum pindah... Dah tak tahan 6 tahun derita hadap kerenah mentua, ipar duai

Pasangan yang berkahwin tidak digalakkan untuk menetap sebumbung dengan keluarga dan mentua. -Gambar hiasan

PASANGAN suami isteri tidak digalakkan untuk tinggal sebumbung dengan mentua atau ipar duai.

Bukan disebabkan isu privasi semata-mata, bahkan untuk jangka masa panjang, ia bertujuan mengelakkan perselisihan faham atau pelbagai masalah lain timbul yang akhirnya boleh menjejaskan hubungan silaturrahim.

Sama seperti suami isteri lain yang berdikari membina kehidupan, wanita ini dan pasangannya juga mahu mendiami kediaman sendiri lantaran sudah tidak sanggup menghadap kerenah ipar duai.

Namun hasrat tersebut terpaksa ditangguhkan kerana ujian yang hadir tanpa disangka.

pindah 2

Setiap ahli keluarga yang tinggal sebumbung perlu bertolak ansur agar hubungan kekeluargaan kekal harmoni. -Gambar hiasan

"Saya dah lama impikan nak sewa rumah lain walau kecil saya tak kisah.

"Dah masuk enam tahun saya bertahan, tapi Allah uji kami. Time tu dapat sewa rumah, time itulah suami accident.

"Sehari sebelum suami saya accident, saya dah bayar deposit rumah. Rumah tu murah je RM300 sebulan, ada satu bilik dan rumah kayu.

"Tapi esok harinya, malam tu suami saya accident teruk. Motor laju langgar dia, patah kaki dengan retak tangan," luah wanita berkenaan dalam satu grup di laman Facebook.

Akibat kecederaan yang dialami, wanita tersebut berkata situasi menjadi semakin buruk lantaran mereka berdepan dengan masalah kewangan disebabkan suaminya tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

ARTIKEL BERKAITAN: Geram adik umur 30 tahun malas kerja, hidup menempel dengan ibu... RM2 pun tak ada - “Ringan je tangan nak penampar”

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana ada slip gaji, mak ayah harap anak perempuan tunggal tanggung keluarga... yang lelaki dibiar naik lemak, tak bekerja

"Kami tak dapat nak niaga sementara tunggu suami sembuh dan boleh jalan semula. Pendapatan kami langsung tak ada.

"Saya nak niaga sorang-sorang tak pandai bawa kereta dan tak ada lesen. Nak pindah tak dapat. Saya ada tiga orang anak, suami memang tak boleh berdiri langsung.

"Nak angkut barang pun susah, adik-beradik suami susah nak minta tolong. Sekarang saya kena bayar untuk dua rumah kalau tak pindah juga," luahnya.

Susah sendiri lagi bagus daripada duduk dengan adik-beradik suami tapi susah nak minta tolong.

NETIZEN

Tambah wanita berkenaan juga, dia semakin buntu memikirkan belum membuat sebarang persediaan untuk menyambut kelahiran anak keempatnya tidak lama lagi, kerana kekangan kewangan.

"Sekarang saya tengah pregnant tujuh bulan. Barang baby satu pun tak sedia lagi. Saya nak niaga dari rumah, tak dapat nak beli barang... susah kena jalan kaki dukung anak yang kecil ni.

"Saya tak sanggup nak bertahan duduk dengan ipar-ipar ni. Saya penat sorang-sorang layan kerenah diaorang. Sampah pun tak ada nak tolong buangkan.

"Saya pasrah apa nak jadi. Tiap-tiap hari mampu nangis. Saya sedih kenapa Allah uji macam ni, baru nak merasa hidup sendiri," rintihnya.

pindah 1

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap situasi yang dialami wanita berkenaan, selain tampil memberikan kata-kata semangat agar urusannya dipermudahkan.

"Permulaan hidup berdikari memang macam tu. Susah sendiri lagi bagus daripada duduk dengan adik-beradik suami tapi susah nak minta tolong.

"Teruskan juga berpindah tapi dalam masa sama cuba minta bantuan kecemasan daripada pihak berkaitan.

"Try minta tolong family lain, kawan atau jiran untuk bawa pindah barang sikit-sikit mana yang penting. Suami pun boleh duduk rumah sendiri dengan tenang, dapat bantu pulihkan diri dengan baik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain