suria

Netizen tak relaks, perlekeh budak lelaki pakai kasut sukan tiruan! Ibu terpaksa cerita hal sebenar, minta maaf sebab tak mampu

Kasut sukan yang dimiliki seorang kanak-kanak menjadi perbualan hangat netizen.

PEMBERIAN hadiah daripada ahli keluarga sempena hari istimewa pastinya membawa makna yang besar kepada seseorang.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang kanak-kanak lelaki menzahirkan rasa gembira apabila menerima hadiah berupa sepasang kasut sukan daripada ibunya sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

Sekali imbas kasut sukan tersebut hampir menyamai produk jenama popular yang berharga ratusan ringgit.

Pemilihan kasut sukan yang tepat akan memberikan keselesaan ketika bersenam. -Gambar hiasan

Dek kerana gembira dengan pemberian daripada ibu tersayang, kanak-kanak dikenali sebagai Arman itu kemudiannya memuat naik video ke platform TikTok memaparkan dia beraksi menggunakan kasut sukan yang serba baharu itu.

"Okey kita hari ni nak pergi jogging," ujar kanak-kanak itu sambil merakam video daripada segenap sudut bagi menunjukkan kasut baharunya.

Namun keterujaan Arman tidak bertahan lama apabila netizen yang bermata tajam pantas mengesan sesuatu yang tidak kena pada kasut sukan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nanti dah sihat, kita keluarkanlah papa” - Hari ni sambut birthday, esok kebumi bapa! Video budak 5 tahun berdoa di kubur undang sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Niat asal nak kurus sebab dikutuk ‘tak ada leher’, tapi dapat ‘bonus’ badan berotot - “Six pack tu ori, bukan pakai filter”

Menurut warga maya, kasut sukan tersebut adalah versi tiruan dan meminta kanak-kanak itu mendedahkan harga sebenar barangan ciplak terbabit.

"Kenapa logo dekat kasut awak tu macam tersenyum, bukan ke kalau original sepatutnya bentuk dia seperti tanda 'betul'?

"Harga kasut macam ni biasanya antara RM60 hingga RM70 je," tulis netizen di ruangan komen dengan nada skeptikal.

Setelah diasak bertalu-talu, kanak-kanak itu akhirnya membuat pengakuan yang mengundang rasa sebak orang ramai.

Adik ni lebih berbudi pekerti daripada rata-rata netizen yang mulut macam longkang, bukan semua orang kehidupannya sama.

WARGA MAYA

"Betul, kasut yang saya dapat ni bukanlah kasut original. Tapi saya tak kisah apa orang nak cakap sebab ini hadiah daripada mak, itu pun dah cukup istimewa bagi saya.

"Bukannya semua orang mampu beli kasut original, kasut yang tiruan ni pun dah terasa cukup mahal untuk kami.

"Tak perlu rancak sangat menghina, bukannya saya sengaja menunjuk-nunjuk waktu upload video pakai kasut tu, hanya content semata-mata.

"Kepada mereka yang sudah terlanjur mengecam, saya maafkan," kata kanak-kanak itu dengan rasa rendah diri.

Seorang pemuda tampil menghadiahkan sepasang kasut sukan baharu kepada Arman.

Dalam pada itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit turut tampil memberikan penjelasan.

"Ya, saya belikan kasut ni untuk anak tak sampai RM80 termasuk pos. Saya minta maaf sebab tak dapat hadiahkan kasut yang original buat anak. Ini je yang saya mampu untuk menunaikan hasrat Arman.

"Setiap tahun hanya sekali saya bagi hadiah dekat anak iaitu pada hari jadinya," ujar wanita itu.

Berikutan perkongsian Arman itu menjadi tular, seorang warga maya bermurah hati membelikan sepasang kasut baharu berjenama daripada kedai peralatan dan pakaian sukan popular.

"Alhadulillah, terima kasih abang," ujar kanak-kanak tersebut dengan penuh rasa syukur.

Pelayar bertukar pandangan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya menekankan nilai sesebuah hadiah itu bukanlah terletak pada harga semata-mata.

"Bagus adik ni tetap bersyukur tatkala ramai yang mengutuk. Walaupun dia sedar kasut tu tiruan, dia masih menghargai dan berbangga dengan hadiah daripada ibunya.

"Adik ni lebih berbudi pekerti daripada rata-rata netizen yang mulut macam longkang, bukan semua orang kehidupannya sama. Tolonglah jaga percakapan, dengan budak pun nak mencemuh ke?

"Kepada adik ni, jangan hiraukan apa orang nak cakap, biar kita hidup dengaan cara kita," demikian kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain