suria

Suami rimas isteri suka gosip rumah tangga artis, marah kalau tak layan borak! Akhirnya kantoi check-in dengan lelaki lain

Ramai suami tidak suka isteri mereka bercerita hal rumah tangga orang lain. -Gambar hiasan

KISAH-kisah tular di media sosial terutama perbuatan curang sering menjadi topik perbualan dalam masyarakat.

Seorang lelaki turut membuat luahan di platform X mengenai isterinya yang kerap bercerita tentang gosip artis apa yang berlaku dalam dunia hiburan.

Menurut pengadu, dia juga rimas apabila isterinya sering bercerita mengenai kes penceraian selebriti di negara ini.

xx

Kisah perceraian Fattah Amin dan Fazura jadi perbualan ramai.

"Aku menyesal kahwin, bini aku kuat layan gosip rumah tangga orang. Dari dulu aku tak minat, tapi dia selalu marah aku bila aku malas layan cerita dia.

"Kira aku tak support dia. Lama-lama aku layan je la, (demi) tunjuk support. Kalau punca tu lelaki, bukan main dia kondem. Tapi bila kisah bini curang dia buat pekak je.

"Ni baru-baru ni Fattah Amin dan Fazura punya hal. Dia tak habis menyibuk hal mereka," luah lelaki itu.

Dalam bising-bising dia kata lelaki curang itu ini bagai, dia sendiri curang belakang aku.

SUAMI

Di sebalik kelantangan membicarakan isu curang dalam rumah tangga, pengadu mendakwa isterinya juga pernah bermain kayu tiga.

Menurut pemuda itu, kesilapan isterinya membuatkan dia nekad untuk memilih jalan perpisahan tidak lama lagi.

"Dalam bising-bising dia kata lelaki curang itu ini bagai, dia sendiri curang belakang aku dah check in dengan jantan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tak culas tapi ‘hadap’ phone sampai subuh! Isteri nak cerai, tak mahu terus berdosa marah suami ‘kaki game’

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut cerai sebab nak nikah laki orang, pegawai awam dakwa disihir ‘3 penjuru’... Mujur suami bijak buat pertimbangan

"Aku dapat tahu pun daripada rakan sepejabat dia," dakwa lelaki itu.

Lebih membuatkan dia bengang, lelaki itu mendakwa segala perbelanjaan diletakkan di atas bahunya, sedangkan isterinya juga mempunyai gaji sendiri.

"Dia memang kerja tapi A sampai Z semua duit aku, tak pernah berkira pun. Masa kantoi, dia menangis, merayu nak berubah bagai. Memang aku bawa balik jumpa mak ayah dia.

Peoples was seen using the single use plastic bags while buying groceries at Pasar Moden Seksyen 6 in Shah Alam yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Sudah menjadi kebiasaan, kaum Hawa biasanya lebih banyak cakap berbanding orang lelaki. -Gambar hiasan

"Alasan dia curang, dia kata aku tak layan emosi dia. Aku penat kerja siang malam, dia bagi alasan bodoh macam ni. Sekarang aku nekad nak cerai.

"Tak tahan hidup dengan manusia macam ni. Sebelum kahwin dia punya 'kepochi' tak seteruk ini. Lepas kahwin dia makin busy body hal orang," dakwanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia