suria

Suami nak rujuk, menyesal lafaz talak masa tengah marah! Mentua berkeras halang, ugut putus keluarga kalau berbaik semula

Tiada pasangan yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan dalam sesetengah kes penceraian, puncanya adalah disebabkan campur tangan keluarga.

Disebabkan kemelut ini, ada dalam kalangan mereka yang tersepit kerana diberi kata dua sehingga mewujudkan tekanan apabila perlu memilih antara pasangan sendiri ataupun keluarga, sebagaimana perkongsian seorang wanita ini.

Meluahkan perasaan di sebuah grup Facebook, wanita ini berkata perkahwinannya ibarat telur di hujung tanduk kerana campur tangan bapa mentua yang mahu dia dan suami berpisah.

"Saya dan suami akan hadir ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai yang dilafaz suami sebulan lepas. Dalam masa yang sama kami duduk asing sebab kewangan.

"Baru-baru ni suami ada contact saya untuk berbaik dan bersama sebagai suami isteri. Saya terima keputusan itu.

"Tapi yang masalah di sini adalah ayah mentua dan abang-abang ipar menyuruh suami tetap bercerai dengan saya," luahnya.

MENTUA 1

Perselisihan faham antara pasangan boleh timbul disebabkan campur tangan mentua. -Gambar hiasan

Wanita berkenaan berkata, suaminya terdahulu melafaz cerai ketika mereka sedang bergaduh kerana didorong oleh perasaan marah namun menyesal dan mahu merujuk semula kerana masih menyayangi dirinya.

Bagaimanapun, hubungan mereka berdua yang sedang tegang itu menyebabkan bapa mentua dan abang-abang ipar yang sememangnya tidak menyukai dirinya mengambil peluang untuk menghasut suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan

ARTIKEL BERKAITAN: Anggap wanita datang haid kotor... Bapa mentua marah menantu masak untuk keluarga, tak sentuh makanan dihidang

"Kalau tidak bercerai, ayah mentua tidak akan bagi suami pinjam kereta (suami tiada kenderaan), ugut mahu halau suami dan haramkan suami untuk memanggilnya dengan gelaran ayah," luahnya lagi.

Tambahnya lagi, disebabkan ugutan-ugutan itu, dia dan suami masing-masing tertekan sehingga buntu untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Keputusan di tangan kamu berdua, ini rumah tangga kamu, kenapa nak ikut virus-virus yang sudah terang-terang nampak ke arah yang tidak sihat?

NETIZEN

"Bolehkah saya buat aduan tentang ayah mentua dan abang ipar sebab memaksa suami menceraikan saya?

"Sehinggakan mental health saya teruk, ganggu tidur saya dan saya asyik berkurung dalam bilik. Selera makan berkurang terus. Saya tunggu masa nak bunuh diri je sekarang ni.

"Apa patut saya dan suami buat?" luahnya meminta pandangan netizen.

MENTUA 3

Sebahagian daripada perkongsian pelayar berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan agar wanita tersebut dan suaminya sama-sama mempertahankan rumah tangga mereka dan menjauhkan diri supaya tidak lagi diganggu orang luar.

"Keputusan di tangan kamu berdua, ini rumah tangga kamu, kenapa nak ikut virus-virus yang sudah terang-terang nampak ke arah yang tidak sihat?

"Belajar berdikari. Buktikan puan dan suami boleh berjaya dalam hidup.

"Nikah sajalah semula dan belajar survive sendiri. Duduk jauh dengan semua tu. Bina hidup balik berdua. Kena ada tekad. Kalau tak, tak jadi apa," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia