suria

10 remaja datang hospital pukul 2 pagi, kemaluan jadi hitam lepas cucuk ubat kuat! Doktor terpaksa potong separuh

Tindakan sekumpulan remaja menyuntik minyak lintah di alat sulit mengundang padah. -Gambar hiasan

BERANI menggunakan ubat bertujuan merangsang kemaluan tanpa memikirkan kesan buruk adalah isu yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja.

Dalam satu hantaran seorang jururawat yang dibuat di media sosial, dia berkongsi satu kisah melibatkan 'ubat kuat' yang amat membuatkan dirinya terkejut.

Kisah bermula apabila sekumpulan remaja dalam lingkungan umur 20an datang ke jabatan kecemasan kerana berdepan masalah nekrosis iaitu sel mati akibat penyakit pada zakar.

"Satu hari lepas kerja macam biasa 'membawang' sekejap dengan pegawai perubatan. Dia cerita satu kes yang memang mind blowing.

"Masa dia (doktor) tengah kerja, datang 10 orang remaja lelaki umur antara 19 hingga 20 tahun, pukul 2 pagi.

Masalah nekrosis boleh berlaku kepada kaum lelaki. -Gambar hiasan

"Kes mereka adalah kemaluan jadi nekrotik. Separuh (kulit kemaluan) sudah hitam. Ya Allah... saya terkejut," ujarnya memulakan cerita.

Menurut jururawat itu, doktor yang membuat rawatan menjelaskan semua remaja berkenaan mengaku melakukan satu tindakan tidak munasabah dengan menyuntik 'ubat lintah' pada kemaluan sendiri.

"Ada salah seorang daripada mereka cakap mereka cucuk ubat lintah dalam alat kelamin sendiri. Ya Rabbi... tak boleh bayangkan," katanya.

Bagaimanapun, lebih mengejutkan apabila mendengar alasan mengapa mereka bertindak sedemikian.

"Bila tanya untuk apa... dia cakap kawan-kawan lain ada beritahu boleh bagi 'bertahan lama'. Serius la? Weh beraninya cucuk bagai, dekat kawasan sensitif lagi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil langkah waspada kes buah zakar digigit ular, ini petua mudah halang reptilia masuk rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Purata saiz zakar lelaki Malaysia 10 tercorot dunia, fahami penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa ‘down’

Mendengar kisah yang diceritakan itu membuatkan persoalan timbul dalam diri wanita ini tentang keperluan mereka merisikokan diri dalam usia yang masih muda.

Dalam era di mana maklumat sangat mudah diakses, mereka sepatutnya dapat memperoleh pengetahuan yang lebih baik.

"Masalahnya kan... mereka muda-muda lagi. Tak kahwin pun lagi. Nak bagi bertahan lama untuk apa? Budak-budak zaman sekarang kan.

"Kemudian paling menyedihkan semua kena tahan wad sebab perlu potong separuh daripada zakar. Tak tahu la tu nanti kahwin ke tak.

Macam mana la mereka boleh berani nak buat yang bukan-bukan macam ni.

NETIZEN

"Tolong la jangan buat benda pelik-pelik. Sepanjang dengar cerita ni berapa kali saya mengucap panjang," jelasnya.

Dalam pada itu, jururawat ini turut menjelaskan walaupun selepas rawatan dibuat, keadaan ini tidak akan menjejaskan fungsi alat sulit.

"Pegawai perubatan cakap masih boleh berfungsi tapi tu la... dah pendek," katanya.

Hantaran yang dikongsi ini meraih pelbagai reaksi netizen yang bimbang memikirkan masa depan anak muda zaman sekarang.

"Dah nekrosis baru datang jumpa doktor. Nasib baik tetap datang hospital. Kalau dibiarkan saja jangan-jangan boleh bawa kematian dalam diam. Malu-malu nak dapatkan bantuan perubatan.

Komen netizen di media sosial.

"Ya Allah, seramnya pengalaman macam ni. Macam mana la mereka boleh berani nak buat yang bukan-bukan macam ni. Tak kena 'basuh' dengan doktor ke? Tapi kalau dah sampai kena potong tu kiranya dah tak boleh berfungsi ke? Naya Pak Karim," komen netizen.

Untuk makluman, nekrosis adalah satu bentuk kecederaan sel yang mengakibatkan kematian pramatang sel-sel pada autolisis (pemusnahan sel melalui tindakan enzim).

Nekrosis disebabkan oleh faktor-faktor eksternal sel atau jaringan seperti jangkitan, racun atau trauma yang mengakibatkan pencernaan tidak teratur komponen-komponen sel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia