SEIRING kecanggihan teknologi, kaedah pembayaran tanpa tunai seperti transaksi dalam talian menjadi pilihan dalam memudahkan urusan antara peniaga dan pelanggan. Malangnya, kemudahan disediakan ini membolehkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menipu peniaga menggunakan pelbagai taktik atau helah. Seorang anak pengusaha kuih bahulu, Aiman Syazani berkongsi dengan warganet bagaimana ibunya ditipu oleh seorang wanita yang menempah kuih itu. Bersama posting yang dibuat, dia turut berkongsi rakaman CCTV ketika wanita itu yang datang mengambil tempatan di kedai ibunya. Peniaga berputih mata apabila tempahan bahulu tidak dibayar. Gambar hiasan Bagaimanapun lelaki itu mendakwa, ibunya ditipu wanita itu yang mendakwa dirinya peniaga doorgift dengan menyunting resit transaksi pembayaran bagi tempahan 717 bungkus bahulu berjumlah RM940.40. “Tak sangka ada perempuan perangai macam ni. Penat-penat mama kerah tenaga siapkan tempahan, macam tu je dia (pembeli tudung kelabu) curi. Tak tahu malu betul la sesiapa kenal dia ni tolong inform. Siap ada footage CCTV lagi dia curi sampai sekarang tak bayar. “Perempuan ni buat tempahan bahulu dari mama saya, total dia nak 1,000 bungkus. Dia dapat contact mama dari Shopee,” kongsinya tanpa memaklumkan bila berlakunya kejadian ini. Aiman Syazani memberitahu, tempahan 1,000 biji bahulu itu tidak dapat dipenuhi ibunya dalam tempoh seminggu, justeru dia bercadang untuk membuat penghantaran 700 bungkus terlebih dahulu melalui pos, diikuti baki 300 pek lagi. ARTIKEL BERKAITAN: “Orang yang faham tak akan berkira” - Penjual rimas pelanggan sibuk pertikai kenapa bahulu di kedai lain lebih murah ARTIKEL BERKAITAN: Makcik tapau lauk RM32 dituduh mencuri, peniaga dedah helah lepas periksa CCTV... Rupanya pergi kaunter hanya ambil tisu! “Dia (pembeli tudung kelabu) cakap dia asal Selangor. Pada masa sama, kedai mama dekat kawasan Rompin, Pahang. Dia nak siap dalam tempoh seminggu. Katanya rushing nak cepat. “Disebabkan kekangan masa mama saya tak dapat siapkan 1,000 bungkus dalam tempoh seminggu. So mama decided untuk pos dahulu 700 bungkus dan kemudian baru pos lagi 300 bungkus. Perempuan ni setuju dan OK je,” tulisnya. Semakan yang dibuat di Google Maps menunjukkan jarak dari Selangor ke Rompin, Pahang adalah lebih kurang 400 kilometer. Tambahnya lagi, dalam tempoh seminggu itu, wanita terbabit tidak membuat sebarang pembayaran apabila diminta dengan memberikan pelbagai alasan. “Tiba-tiba perempuan ni (pembeli tudung kelabu) cakap nak pickup dekat kedai mama saya sedangkan dia dari Selangor ya. Dah la datang pukul 3 pagi. Menyusahkan mama nak turun kedai buka dan tunggu dia datang pickup bahulu dia. Esoknya, mama aku check akaun bank dia duit memang tak masuk. Rupanya dia edit resit tu weh. AIMAN SYAZANI “Sebelum datang pickup, dia bagitahu mama dia dah buat payment. Siap hantar resit lagi. Mama pun percaya la dia settle payment. Mama saya ni tak pasti la husnuzon ke apa sebab duit belum masuk dalam akaun lagi waktu dia pickup tu. “Mama anggap mungkin payment tengah proses dan pagi esok la tu duit masuk akaun. Dan selesai la payment dan pickup waktu tu pukul 3 pagi. Macam yang korang tengok dalam rakaman CCTV,” katanya. Malangnya, keesokan hari apabila ibu Aiman Syazani menyemak akaun bank, tiada bayaran diterima dan baru sedar pembeli kuih bahulu itu telah menyunting resit yang dikongsikan. “Esoknya, mama aku check akaun bank dia duit memang tak masuk. Rupanya dia edit resit tu weh. Mama saya pun tanya la perempuan tu fasal payment. Dia boleh main mainkan mama. Korang tengok la conversation (tangkap layar WhatsApp) diaorang. Perbualan WhatsApp antara peniaga bahulu dengan 'pembeli'. “Jadi, sampai sekarang la perempuan ni tak selesai bayar. Dan mama pun dah buat report polis. Cumanya sekarang tengah tunggu update dari polis. Tolong viralkan muka dia ni. “Kesian mama aku sampai lewat malam balik rumah siapkan tempahan dia ni. Akhirnya kena tipu, tak sempat rehat badan, kena aniaya pula haih," tulisnya. Aiman Syazani juga menulis nota bahawa wanita itu mendakwa dirinya berniaga door gift dan mempunyai katalog dipercayai palsu. Bagaimanapun, katanya, ibunya mengesan lokasi kedai itu dipercayai tak wujud. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube