RUMAH tangga yang ceria dan meriah dengan kehadiran anak-anak pastinya memberi kebahagiaan buat pasangan berkahwin. Namun dalam perkara ini rezeki setiap suami isteri adalah berbeza-beza, kerana ada pasangan yang bertahun-tahun cuba untuk hamil (TTC), namun belum dikurniakan rezeki. Berbeza pula dengan seorang lelaki yang baru setahun mendirikan rumah tangga dan mengharapkan agar dia dan pasangan tidak mempunyai anak. “Saya dah kahwin selama setahun. Saya tak nak anak. Demi Allah. Saya tak nak anak,” katanya menerusi satu luahan di Facebook. Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan Bercerita lanjut, dia memaklumkan bahawa isterinya pula mempunyai pendapat berbeza apabila mahu dikurniakan zuriat. Dia bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri, iaitu bimbang tidak mampu menyara kehidupan sekiranya mempunyai anak kelak. “Isteri saya nak anak. Saya tak nak sebab takutkan kemiskinan. Saya dah kira kos. “Duit yang saya kena keluar untuk jaga seorang anak boleh digunakan untuk perkara lain. Saya takut nak ada anak tapi isteri saya tak memahami,” ujarnya. Enggan dikatakan hanya bercakap kosong, lelaki itu tampil membuktikan 'hujah'nya dengan menjadikan pengalaman rakan yang sudah mempunyai anak. ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya konsep ‘childfree’ makin popular di Malaysia, kahwin tapi tak mahu anak... Suami isteri rasa serabut jika ada zuriat! ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buang anak lepas dapat suami baharu, suruh tinggal dengan nenek uzur... Adik sedih dihalang masuk campur Dia mendakwa, masalah kekangan kewangan yang dihadapi memberi kesan kepada kehidupan rakannya bersama isteri dan anak mereka. “Perkara yang menguatkan bahawasanya saya tak nak ada anak. Kawan saya ada masalah kewangan sampai tak cukup duit nak beli lampin. “Saya bimbang perkara tersebut berlaku pada saya,” tegasnya yang tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti rakannya itu. Setiap isteri mahukan zuriat. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, pengakuannya itu ternyata mengejutkan ramai warga maya yang menyifatkan dirinya tidak bersyukur dengan rezeki dikurniakan Allah SWT. “Kalau tak nak ada anak, kenapa nikah bang? Beritahu isteri yang awak tak nak anak, kalau isteri tak nak dah kat awak, awak kena lepaskan dia sebab semua wanita nak ada zuriat. Duit yang saya kena keluar untuk jaga seorang anak boleh digunakan untuk perkara lain. SUAMI “Setiap anak, amanah yang Allah bagi hadir dalam kehidupan kita dengan rezeki daripada Allah. Sedih dengan orang yang ada mindset macam ni. Ada orang yang nak anak sangat-sangat tapi belum ada rezeki. “Percaya pada rezeki Allah dik. Kalau Dia bagi, mesti Dia tahu kemampuan awak sampai setakat mana. Jangan risau soal anak ni, semua tu dah ada rezeki masing-masing. “Buat pengumuman pada semua orang, cakap awak tak nak anak. Senang nanti kalau pergi mana-mana orang tak salahkan isteri mandul ke apa,” demikian antara komen warga maya. Seorang isteri memikirkan hal rumah tangganya. -Gambar hiasan Malah ada yang berkongsi pengalaman masing-masing mengenai kehidupan mereka selepas dikurniakan cahaya mata. “Saya dulu pun takut ada anak, takut tak reti jaga. Tapi Alhamdulillah, elok anak saya dah lapan tahun membesar. Saya belum jatuh miskin lagi, masih boleh makan sedap-sedap setiap bulan. “Suami aku kerja driver je, gaji tak seberapa. Tapi Alhamdulillah, dia berjaya besarkan empat anak dia termasuk besarkan aku sekali dari kurus melayang sekarang kembang setaman,” tambah warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube