suria

Wanita simpanan lari balik kampung, ketakutan ‘sugar daddy’ minum darah haid ketika ‘bersama’... Katanya syarat bela saka!

Kisah wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan pewaris saka harimau tular di platform X. -Gambar hiasan

PENGAKUAN berani seorang wanita simpanan mengenai kisahnya dengan seorang sugar daddy meraih perhatian ramai di laman X.

Menurut wanita yang menggelarkan dirinya sebagai sugar baby itu, dia pernah bersekedudukan dengan lima lelaki sepanjang melakukan pekerjaan terkutuk itu.

Namun katanya, lelaki terakhir yang dikenalinya membuatkan dia insaf dan terus pulang ke kampung untuk memulakan hidup baharu.

Photoshoot for MOB Top 10 pet peeves in the cinema. AZMAN GHANI / The Star

Perkhidmatan seks melibatkan sugar baby wujud di negara ini walaupun ia salah di sisi undang-undang. -Gambar hiasan

"Daddy aku yang terakhir adalah punca akan berhenti. Biasanya kami dikenalkan dengan sugar daddy melalui broker. Tapi yang akhir ni, aku kenal melalui isterinya sendiri.

"Aku dah 'gabra' masa tu. Mengikut cerita senior, kalau isteri yang carikan sugar baby, itu bermakna isteri dah tak dapat nak hadap nafsu pelik suaminya.

"Habuan dia memang 'masyuk' gila. Beberapa bulan pertama tiada apa yang pelik. Biasa je daddy tu layan aku," ujarnya memulakan cerita.

Rupanya daddy tu beramal dan ada saka harimau. Akak tu cerita, memang syarat dia kena minum darah haid untuk buat saka ampuh.

BEKAS WANITA SIMPANAN

Dakwa wanita itu, dia mula menerima permintaan pelik pada bulan ketiga perkenalan mereka.

Antaranya, lelaki itu mahu mengadakan hubungan seks ketika dia sedang datang bulan.

"Dia berkeras nak datang masa aku period. Aku macam peliklah. Takkanlah masa period pun dia mahu? Aku pun okay je la kalau itu kemahuannya. Sebab ada sugar baby lain yang cerita benda lebih jijik.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Sikap panas baran, mimpi pelik, masalah jodoh antara petanda seseorang didampingi saka

ARTIKEL BERKAITAN: Kenduri tahlil kecoh, individu mirip si mati muncul depan rumah... Ramai kata qarin, saka belaan arwah

"Masa tu dia suruh tutup lampu, aku dengar dia baca sesuatu. Rupa-rupanya dia minum darah haid aku. Dia bertukar seperti binatang, siap buat bunyi binatang seperti harimau.

"Aku pejam mata ketakutan. Selepas buka mata, saya bersumpah nampak sekeliling bilik macam harimau," dakwa wanita itu.

Akhirnya, wanita itu berkata dia berjumpa dengan isteri lelaki tersebut pada keesokan harinya untuk bertanyakan tentang kejadian aneh berkenaan.

Ketika itulah baru dia diberitahu bahawa lelaki tersebut sebenarnya mempunyai saka pendamping.

Cropped image of young couple is lying on bed. Close up of male and female feet. Loving couple is lying on bed under blanket covered by small red paper hearts. Saint Valentines Day.; Shutterstock ID 789710572; Purchase Order: Relaxnews/ Fil; Client/Licensee: Arnaud POURPOINT

Umat Islam perlu menjauhi perbuatan zina. -Gambar hiasan

"Esoknya aku 'gegar' isteri dia. Rupanya daddy tu beramal dan ada saka harimau. Akak tu cerita, memang syarat dia kena minum darah haid untuk buat saka ampuh.

"Selepas itu, aku melutut, merayu suruh lepaskan aku. Selepas itu aku balik kampung duduk rumah arwah nenek aku," cerita wanita itu lagi.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa takut membaca pengalaman wanita itu yang disifatkan tidak masuk akal dan menyeramkan.

"Kesian pelacur elite kena hadap amalan orang kaya pelik-pelik.

"Seram sejuk baca cerita ni, dah la baca time pagi-pagi yang sunyi.

"Nak muntah weh," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, perbuatan zina dan syirik ditegah oleh Allah dan semua umat Islam wajib menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain