REALITI kehidupan yang kian mencabar ketika ini memaksa sesetengah individu melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang. Salah satu cara yang paling popular adalah melakukan penipuan dengan pelbagai modus operandi untuk menjerat mangsa. Dalam satu hantaran di sebuah grup Facebook, seorang pelayar berkongsi kisah individu dikenalinya di laman sosial yang menunjukkan sikap aneh sehingga menimbulkan rasa curiga. "Ada seorang gadis minta nak jadikan saya ibu angkat setelah kami saling follow dalam TikTok dan saya menerima dengan hati terbuka. "Pada hari pertama, kami chat saling kenal mengenali. Pada malam hari tu dia call saya minta nombor akaun katanya nak bagi saya duit belanja. "Saya terkejut dan menolak tapi dia cakap dia ikhlas. Dan dia cakap itu tanggungjawab dia sebagai anak yang mana saya ni syurganya. Sekali lagi saya terkejut. "Saya berdalih cakap lupa dekat mana simpan buku bank. Tapi dia cakap tak apalah nanti jumpa dia nak bagi sendiri," kongsinya pada hantaran berkenaan. Pelbagai taktik yang digunakan 'scammer' untuk memerangkap mangsanya. -Gambar hiasan Tidak habis setakat itu, pelayar berkenaan memberitahu anak angkatnya yang merupakan seorang wanita sekali lagi membuat kejutan apabila mahu menghadiahkan barang kemas. "Selepas dua hari dia chat, dia nak jumpa dan nak bawa saya shopping emas. Lagi sekali saya terkejut dan saya cakap Insya-Allah kalau saya tak sibuk. "Dia ada cerita yang dia tak pernah dapat kasih sayang daripada parents dia. Dia merasakan kasih sayang seorang ibu daripada saya," tulisnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Duit belanja buat umrah hangus, pensyarah ditipu pelajar sendiri... Tak sangka surat tawaran belajar di UK hanya palsu! ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘pulangan’ pelaburan 10K makcik asnaf pakai lampin sanggup hutang sana sini! Tak hirau nasihat Cikgu Fadli, akhirnya gigit jari Biarpun diselubungi rasa simpati namun ujar pelayar berkenaan, dia dalam masa yang sama agak bimban dengan sikap yang ditunjukkan anak angkatnya itu. "Pertanyaan saya, adakah normal orang seperti anak angkat saya tu? "Patut ke saya jumpa dia sebab saya rasa seram apabila dia kelihatan terlalu excited dengan saya. "Andai kata saya jumpa dia dan dia bagi saya emas atau duit, adakah pada satu masa dia boleh tuntut balik, saman atau tuduh saya apa-apa? Takut dijadikan keldai akaun atau keldai dadah. Mana ada orang baik hati sangat sampai macam tu. NETIZEN "Maaf saya rasa sangat risau tapi dalam masa yang sama rasa kesian," tulisnya lagi sambil meminta pandangan warga maya. Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menasihatkan pelayar berkenaan supaya memutuskan hubungan dengan anak angkatnya itu kerana dikhuatiri individu berkenaan adalah scammer yang sedang memasang perangkap. Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Zaman penuh tipu muslihat. Jauhkan diri daripada benda-benda meragukan ni. Mungkin scammer tengah pasang jerat. "Modus operandi scammer! Block immediately please. Tak ada duit free dalam dunia ni. Cuba tanya dia, habis sudah ke semua ahli keluarga jiran kiri kanan dia dah sedekah? "Takut dijadikan keldai akaun atau keldai dadah. Mana ada orang baik hati sangat sampai macam tu," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube