suria

Baru 10 hari dapat gaji, baki tinggal RM200! Pemuda buntu tak cukup duit, ramai ingat ‘senang’ sebab kerja di syarikat popular

Stres akibat tiada perancangan kewangan yang baik. -Gambar hiasan

GAJI seseorang itu tidak akan pernah cukup sekiranya tiada perancangan kewangan yang baik dibuat.

Kebiasaannya, gaji golongan yang gagal merancang perbelanjaan akan hampir susut belum sampai hujung bulan.

Begitulah luahan seorang pemuda yang buntu memikirkan bagaimana untuk menjana lebih pendapatan disebabkan kekangan kewangan yang dihadapinya.

Duit gaji dihabiskan untuk membayar komitmen bulanan dan hutang. -Gambar hiasan

Duit gaji dihabiskan untuk membayar komitmen bulanan dan hutang. -Gambar hiasan

"Rasa tertekan sangat. Baru 10 hari kerja, tapi duit gaji nak tunggu gaji seterusnya cuma ada lagi RM200 je," katanya menerusi satu luahan di laman X.

Bercerita lanjut, keadaan yang terdesak itu membuatkan dia terfikir untuk melakukan kerja-kerja sambilan bagi menjana pendapatan tambahan.

Menurutnya, dia tidak kisah apa juga pekerjaan selagi dapat membantu menampung perbelanjaan bulanannya.

Hutang kad kredit dah banyak, ada kereta lagi. Ya Allah, tak tahulah nak fikir apa dah.

PENGADU

"Aku rasa nak buat part time balik. Kerja tak kisah dekat F&B (makanan dan minuman) pun. Tapi aku tak nak famili aku tahu.

"Nanti mereka risaukan aku. Tapi sumpah aku buntu macam mana nak tanggung mak ayah yang sakit dengan duit berbaki RM200 ni, ya Allah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaji 2K sebulan dihabiskan untuk keluarga... Ibu tak nampak pengorbanan anak, ‘sedap’ tuduh boros kalau cakap tak ada duit

ARTIKEL BERKAITAN: Baki gaji tinggal RM700, staf ‘gomen’ cuba nasib tambah hutang! Masih ada hati mohon pinjaman peribadi

Mudah untuk merancang, namun melakukan kerja sambilan sukar direalisasikan disebabkan waktu balik dari pejabat sering tidak menentu.

"Balik kerja tak menentu, kadang balik pukul 7 malam atau 8 malam. Macam mana nak masuk kerja lain?

"Hutang kad kredit dah banyak, ada kereta lagi. Ya Allah, tak tahulah nak fikir apa dah," jelasnya.

Jauh di sudut hati, katanya dia seperti mahu membuat pinjaman peribadi bagi menyelesaikan bayaran hutang yang tertunggak.

"Macam nak buat personal loan, tapi nanti tambah lagi hutang. Menangis gaji aku RM3,000-RM5,000 sebulan rasa semak sangat sekarang.

Hidup akan menjadi tidak tenteram jika dibelenggu hutang. -Gambar hiasan

Hidup akan menjadi tidak tenteram jika dibelenggu hutang. -Gambar hiasan

"Nak nangis kuat-kuat. Rasa buntu nak dapat duit mana, kerja apa? Bil tak bayar lagi, duit cuma ada RM200, Allahu," katanya.

Bagaimanapun katanya, tiada yang menyedari masalah kewangan yang dihadapinya disebabkan dia bekerja di sebuah syarikat tempatan yang dikenali ramai.

Tanpa mendedahkan nama syarikatnya, dia hanya mampu meluahkan kesedihan yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan prestasi kerjanya.

"Orang sekeliling semua ingat aku senang, padahal derita sangat.

"Semua benda ni buat performance aku jatuh. Aku dah fikir, kalau kena buang ke apa macam mana? Aku rasa macam penat sangat," luahnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain