suria

Cik Epal mengaku pernah jumpa berdepan wanita dikaitkan dengan Jofliam - “Ya saya kenal dia”

Pasangan pempengaruh popular, Cik Epal dan Jofliam akhirnya bercerai selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan. -Foto Instagram Cik Epal

PERSONALITI media sosial, Cik Epal mengakui dirinya mengenali wanita dikaitkan mempunyai hubungan dengan bekas suaminya yang juga pempengaruh popular dan usahawan, Jofliam.

"Ye saya kenal dia. Cuma saya kenal dia sebagai staf pizza (Pizza Wagyu Jofliam)," ujarnya kepada mStar.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai wanita berkenaan, Cik Epal bagaimanapun berkata dia pernah bertemu secara berdepan dengan individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jofliam tak pernah curang, tiada orang ketiga... Cik Epal mahu jaga aib bekas suami

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati aku dah mati untuk dia” - Cik Epal enggan rujuk dengan Jofliam, mahu kahwin lelaki yang lebih menghargai

Bagaimanapun, Ibu kepada dua cahaya mata itu memilih untuk mengunci mulut apabila diminta mengulas sama ada pernah dihubungi wanita berkenaan sejak rumah tangganya bergolak yang akhirnya menemui titik noktah.

Kemelut rumah tangga pasangan berkenaan akhirnya terjawab apabila Cik Epal menerusi laman Instagram rasminya membuat pengumuman mengenai penceraiannya dengan Jofliam, pada Rabu.

Punca sebenar, biarlah hanya saya dan Jofliam saja yang tahu.

CIK EPAL

Cik Epal dalam hantaran seterusnya pada hari sama mengesahkan orang ketiga bukanlah punca keruntuhan rumah tangganya.

Malah kata Cik Epal, bekas suaminya itu tidak pernah curang sepanjang 10 tahun tempoh perkahwinan mereka.

CE 2

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Han dan Yuki.

"Punca sebenar, biarlah hanya saya dan Jofliam saja yang tahu. Saya memang tak akan ulas lebih lanjut pasal ini," tegasnya lagi.

Mengakui sedih dengan penceraiannya, Cik Epal bagaimanapun berkata fokus utamanya ketika ini adalah kerjaya dan dua cahaya matanya, Han dan Yuki.

"Tipulah kalau saya tak sedih. Sebab dah 10 tahun hidup bersama dia. Selepas terjadi penceraian ini, saya perlu bersedia untuk teruskan kehidupan baharu.

"Saya minta doa yang baik-baik daripada netizen.

"Perancangan saya akan datang, saya akan fokus dengan bisnes saya, improve diri saya untuk jadi manusia yang lebih baik dan menjaga anak saya Han dan Yuki.

"Itu keutamaan saya sekarang ini," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain