suria

Mahasiswi dari keluarga miskin cuma pandai order nasi goreng, tak tahu ikan 3 rasa... Insan baik hati belanja, taja deposit rumah sewa

Aktivis masyarakat, Rosli Din membantu dua mahasiswi yang mempunyai kekangan kewangan untuk menyewa rumah. -Foto FB Rosli Din/Gambar hiasan (kanan)

BUKAN mudah perjalanan untuk menuntut ilmu sehingga ke menara gading, terutamanya bagi mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Maka tidak hairanlah jika ada sesetengah pelajar yang keciciran atau terkandas ketika di bangku sekolah kerana keluarga tidak mampu membiayai persekolahan mereka.

Dalam satu hantaran di laman Facebook, seorang aktivis masyarakat yang dikenali sebagai Rosli Din berkongsi kisah menyentuh hati mengenai dua pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi yang ditemuinya.

"Seorang anak yatim, seorang ayah kerja bendang. Yang seorang belajar jurusan computer, yang seorang ambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).

ipt 1

Menjadi impian setiap insan untuk menjejakkan kaki ke menara gading. -Gambar hiasan

"Bukan roommate tapi bulan depan kena jadi housemates... bawa pergi makan. Order nasi goreng... tahu itu je. Ikan tiga rasa, som tam dan tomyam ada yang tak pernah cuba. Saja nak sembang-sembang pasal study, family dan future.

"Depa (mereka) kata makan nasi sekali sehari. Pagi tak sempat makan, tunggu lunch. Makan dalam RM7 atau RM8. Air kosong. Malam makan biskut tapi selalunya mi segera," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal bapa rosak, anak gigih jalan kaki jauh ke sekolah! Penduduk dedah memang jenis rajin belajar

ARTIKEL BERKAITAN: Duit ‘wakaf’ dalam bekas tak pernah kurang, cikgu kagum pelajar susah tapi tak tamak... “Ingat kat kawan-kawan saya juga”

Menurutnya yang juga seorang pendidik, dua mahasiswi itu tidak mendapat penempatan di dalam kampus dan perlu menyewa di luar bermula bulan depan.

Situasi berkenaan sememangnya menjadi beban yang amat berat untuk ditanggung kedua-dua mahasiswi lantaran mereka mempunyai kekangan untuk membayar wang deposit rumah sewa.

Ada yang ikat perut berjimat selagi boleh demi segulung diploma. Moga depa ni berjaya.

NETIZEN

"Bulan depan kena duduk luar. Sewa RM1,200. Boleh muat empat orang je. Small apartment. Banyak requirements.

"Duit elaun Mara RM650, sewa RM300 (untuk seorang), api dan air RM50. Tambang? Makan? Jenuh teman (saya) buat calculation.

"Makan semalam baki ikan, som tam dan tomyam depa (mereka) bawa balik. Balik singgah 7-Eleven, bagi RM50, suruh beli roti, biskut dan lain-lain. Tengok mereka beli barang sikit je.

"Begitulah ceritera anak-anak kita nak dapatkan sekeping diploma. Saya beritahu akan bayar deposit, sekurang-kurangnya dapat melihat senyuman di wajah mereka," kongsinya lagi.

komen ipt

Netizen turut tersentuh dengan perkongsian aktivis berkenaan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut meluahkan rasa hiba di samping mengagumi aktivis berkenaan kerana membantu meringankan beban insan kurang berkemampuan.

"Apa yang cikgu cakap ni betul. Ada yang ikat perut berjimat selagi boleh demi segulung diploma. Moga depa ni berjaya.

"Betul apa yang tuan kata, bukan tak nak sambung belajar tapi masalah duit.

"Dulu masa belajar luar negara, biasiswa dah la ciput. Bila dapat bayar itu ini tinggal AS$30 (RM128.79) sebulan. Nasib baik duduk dorm, makanlah apa yang ada kat cafetaria. Weekend makan roti je. Kadang-kadang tak makan langsung," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia