suria

‘Burnout’ di ofis sampai sakit kepala, pergi klinik kena bebel pula! Pesakit mengamuk dakwa doktor ‘kedekut MC’

MC akan diberikan oleh doktor berdasarkan penilaian ke atas pesakit. -Gambar hiasan

SIJIL cuti sakit atau MC diberikan oleh ahli perubatan bertauliah bertujuan mengesahkan seseorang itu tidak sihat untuk bekerja.

Dalam kes tertentu, pemberian sijil cuti sakit ini turut bergantung kepada budi bicara doktor yang melakukan diagnos ke atas pesakit.

Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang individu mencoretkan rasa terkilan susulan permintaannya untuk mendapatkan sijil cuti sakit ditolak oleh doktor.

Doktor tidak akan sewenang-wenangnya memberikan sijil cuti sakit. -Gambar hiasan

Menurutnya, ketika itu dia berasa letih dengan kerja dan ingin mendapatkan cuti sakit, namun kecewa apabila alasannya itu tidak diterima oleh doktor.

"Saya jumpa doktor hari tu, saya jujur cakap yang saya tengah sakit kepala akibat penat bekerja. Saya harap sangat dia boleh bagi MC.

"Tiba-tiba doktor tu pandang saya dengan muka ketat, dia cakap, bukan begitu cara kita bagi MC. Terkejut saya dengar. Jadi di sini saya nak menyuarakan permintaan kepada doktor-doktor di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon cuti 3 hari, dapat ‘bercuti’ selamanya! Staf rasa teraniaya diberhentikan 24 jam, rupanya ‘sambung’ dengan MC

ARTIKEL BERKAITAN: Staf pemalas bagi alasan hujan, lupa bos tahu tempat kerja dekat rumah... Matahari dah keluar tetap menipu nak cuti!

"Tolong la memahami bahawa bebanan kerja di pejabat boleh menyebabkan kita burnout, mohon ada rasa empati," keluh individu itu.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya turut menggesa doktor perubatan untuk lebih bertimbang rasa ketika berurusan dengan pesakit.

"Pelik doktor macam ni, saya pun pernah melalui benda sama. Mereka akan bekalkan ubat yang banyak, tapi enggan bagi MC kononnya kita sihat-sihat je. Mana satu ni?

Kalau nak tahu, kami (doktor) selalu terima call daripada syarikat tanya maklumat tentang pekerja tertentu yang selalu minta MC.

DOKTOR

"Patutnya kita campak semua ubat tu dekat muka doktor, bertegas kita tak nak bayar, cukup sekadar bayar yuran pemeriksaan (consultation fee) je. Lepas tu terus keluar cari klinik lain dengan doktor yang lebih memahami.

"Situasi sama macam saya, banyak ubat doktor tu preskripsi, tapi liat betul dia nak bagi MC, mahu tunggu saya nazak dulu kot. Akhirnya waktu nak bayar dekat kaunter, saya pura-pura cakap dompet tertinggal dalam kereta, lepas tu saya terus cabut lari.

"Biasanya doktor klinik kerajaan yang suka buat perangai macam ni. Entah apa yang dia dengki sangat dengan kita," ujar sebahagian warga maya, skeptikal.

Dalam pada itu, seorang pelayar yang berpengalaman dalam bidang perubatan menampilkan penjelasan mengapa sesetengah doktor enggan memberikan sijil cuti sakit.

Pelayar bertukar pandangan.

"Ramai orang kita suka ambil kesempatan dengan sijil cuti sakit ni. Sampai satu tahap, banyak syarikat hanya terima MC daripada klinik kerajaan.

"Setiap hari doktor kena layan berpuluh-puluh pesakit, ramai antara mereka bagi alasan subjektif macam penat, sakit kepala dan sakit perut. Kalau dah semuanya lebih kurang, doktor pun kena berhati-hati untuk bagi MC.

"Nanti jika apa-apa berlaku, doktor juga yang kena menjawab. Kalau nak tahu, kami (doktor) selalu terima call daripada syarikat tanya maklumat tentang pekerja tertentu yang kerap minta mc.

"Kami la orang pertama yang dipanggil untuk terangkan A-Z," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia