suria

Pemuda kongsi 3 kerja part time paling ‘masyuk’, boleh berbelanja tanpa sentuh gaji... Elak masuk bahagian retail

Anak muda dinasihatkan mencari pekerjaan yang meraih pengalaman dan pulangan lumayan. -Gambar hiasan

RAMAI anak muda memilih untuk melakukan kerja sambilan sementara menunggu panggilan menyambung pengajian.

Biasanya, mereka akan memilih kerja dalam bidang retail seperti di butik-butik pakaian, pusat beli belah dan juga restoran makanan segera.

Dengan cara ini, mereka boleh mencari wang sendiri tanpa perlu mengharapkan bantuan berterusan daripada keluarga.

Story on interview people on the street and Bangladeshis for their immigrant perception in Kuala Lumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Ramai anak muda memilih kerja sambilan dalam bahagian jualan dan runcit. -Gambar hiasan

Di aplikasi TiKTok, seorang pemuda tular selepas dia berkongsi 'rahsia' kepada golongan awal 20-an yang mahu melakukan kerja sambilan.

Dalam perkongsiannya, individu itu menyenaraikan tiga jenis pekerjaan sambilan yang dianggapnya lebih berbaloi dan menjanjikan pulangan lumayan.

"Dalam usia 20-an, jangan bazirkan masa anda buat kerja sambilan di gedung jualan pakaian hanya kerana anda nak bergaya.

Pekerjaan-pekerjaan ini juga memberi peluang untuk anda berkenalan dengan orang kaya dan berpengaruh.

PEMUDA TIKTOK

"Sebaliknya, kerjalah sebagai bellboy, golf caddie, valet driver atau apa saja pekerjaan yang menawarkan tips," kongsinya.

Selain pulangan lebih lumayan, dia berkata tiga pekerjaan itu juga membuka ruang kepada anak muda untuk berkenalan dengan golongan profesional.

"Dengan cara ini, anda boleh mengumpul lebih banyak wang. Malah, gaji anda juga tak perlu sentuh kerana boleh guna wang tips untuk perbelanjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Waktu tawar kerja sembang modal juta-juta, sampai hari gaji bos minta diskaun! Lelaki ini akhirnya tahu cara orang kaya berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ejen’ bantu carikan kerja di Singapura, letak syarat pelik bayar RM150 baru boleh bagi butiran lanjut pekerjaan

"Pekerjaan-pekerjaan ini juga memberi peluang untuk anda berkenalan dengan orang kaya dan berpengaruh," ujar pemuda itu lagi.

Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen turut berkongsi kisahnya yang pernah bekerja dengan kapal persiaran di Pelabuhan Klang.

"Kerja sambilan terbaik yang saya buat adalah jadi penyambut tetamu untuk kapal persiaran di Pelabuhan Klang. Mereka beri saya banyak tips.

A caddie pushing a push cart at golf club in Kuala Lumpur with the background of the city skyline with a gloomy sky. RAJA FAISAL HISHAN/The Star standalone/ backpage

Anak muda juga boleh bekerja sambilan di padang-padang golf. -Gambar hiasan

"Anda juga akan berjumpa dengan ramai orang kaya dan berpengaruh ketika bekerja. Cari (kerja ini) di Facebook, masuk grup WhatsApp," tulisnya.

Seorang lagi netizen turut berkongsi kisahnya yang menerima banyak tips ketika bekerja di lapangan terbang.

"Lepas sekolah dulu kerja bahagian jualan dekat lapangan terbang. Dapat pula bahagian antarabangsa. Memang banyak gila dapat tips.

"Kadang tu mereka nak fly balik dah, semua duit Malaysia dia bagi macam tu je," kongsi seorang wanita pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia