SITUASI terdesak menyebabkan ada segelintir individu terpaksa menebalkan muka membuat pinjaman wang daripada ahli keluarga, rakan atau syarikat pinjaman wang berlesen. Dalam keadaan fikiran yang sedang kusut, sudah pasti mereka tidak sempat membuat pertimbangan secara logik kerana kesuntukan masa. Menerusi satu hantaran di sebuah laman grup Facebook, seorang pelayar berkongsi masalah yang membelenggu hidupnya kerana tersilap percaturan ketika membuat pinjaman wang daripada seorang rakan. "Salam semua. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya ada pinjam duit dengan kawan sebanyak RM2,500 untuk baik pulih kedai. "Tapi gara-gara PKP, terus tutup kedai saya tu. Kami ada buat perjanjian akuan sumpah saya akan bayar kepada dia sebanyak RM350 selama 36 bulan," tulisnya dalam hantaran berkenaan. Amalan riba adalah diharamkan dalam Islam. -Gambar hiasan Menerusi perjanjian akuan bersumpah tersebut, pengadu berkenaan perlu membayar kembali kepada rakannya selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan RM12,600. Berdasarkan kiraan, jumlah tersebut termasuk kadar faedah (bunga) sebanyak RM 10,100 iaitu bersamaan empat kali ganda jumlah pinjaman asal yang dilakukan. ARTIKEL BERKAITAN: Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai... Pemuda ini merana bayar bulanan bank ARTIKEL BERKAITAN: Dianggap banyak duit, suami jadi ‘bank’ kawan-kawan... Culas bayar nafkah, kereta isteri pun bagi rakan pinjam berminggu Jelas pelayar berkenaan, dia tidak menjangka perniagaannya merosot apabila negara dilanda PKP sehingga akhirnya terpaksa gulung tikar. "Pinjaman ni saya tetap bayar tapi dalam keadaan sekarang saya sudah tak buat bisnes tu. Saya tetap bayar bulan-bulan untuk hutang ni. "Saya nak bayar modal RM2,500 tu tapi kawan tetap tak nak terima. Dia nak saya bayar ikut perjanjian. Saya yang salah tanpa berfikir panjang masa hari tu. "Sekarang ni saya betul-betul susah. Adakah saya perlu bayar ikut perjanjian akuan sumpah tu? Maaf saya betul-betul buntu," luahnya lagi sambil meminta pandangan warga maya. Kamu dan kawan kamu Muslim ke? Ini amalan riba diharamkan dalam Islam. NETIZEN Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati terhadap nasib pelayar berkenaan. Dalam masa yang sama, mereka turut melontarkan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah pelayar tersebut. Sebahagian daripada komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan. "Tanya kawan tu, boleh tak selepas bayar 12 bulan di mana duit tu dah melebihi pinjaman pokok, bayaran tu dihentikan? Kerana kedai dah tak ada, duit pun cukup buat perbelanjaan je. Saya pasti kalau dia tu kawan, dia akan rasa simpati juga. "Kesiannya... minta tolong adik-beradik. Bayar lumpsum la kalau boleh. Lepas tu jangan kawan dah. Itu bukan kawan tapi lintah darat. "Kamu dan kawan kamu Muslim ke? Ini amalan riba diharamkan dalam Islam. Bincang balik. Minta diskaun atau rebate. Kan kawan," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube