suria

Teman lelaki tak izin gugur kandungan, lepas bersalin terus kena tinggal... Wanita terkejut rupanya jadi ‘hamba’ nafsu suami orang!

Anak luar nikah sering dipandang serong oleh masyarakat. -Gambar hiasan

SEORANG wanita membuat pengakuan di Facebook tentang nasibnya yang baru sahaja melahirkan seorang anak tidak sah taraf.

Paling mengejutkan, wanita itu berkata dia terlanjur dengan suami orang dan kini dibiarkan terkontang-kanting tanpa sebarang pembelaan.

"Saya ingin mendapatkan nasihat undang-undang mengenai situasi yang sangat rumit dan membebankan saya. Saya terlanjur dan mengandung dengan lelaki yang sudah berkahwin.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Setiap anak berhak dibesarkan dengan kasih-sayang ibu dan bapa. -Gambar hiasan

"Pada awalnya, saya tidak tahu yang dia suami orang, dia berjanji untuk bertanggungjawab dan meminta saya untuk tidak menggugurkan kandungan.

"Namun, setelah kandungan mencapai lima ke enam bulan, hubungan kami mula bermasalah dan saya mendapati dia adalah suami orang," ujarnya.

Menurut pengadu, dia turut berdepan tekanan emosi apabila diganggu isteri lelaki itu selepas kisah kecurangan mereka terbongkar.

Isterinya menggelar saya dengan kata-kata hinaan dan menuduh saya cuba merosakan rumah tangga mereka.

PENGADU

Malah, dia juga dihalang untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan hubungannya dengan lelaki tersebut.

"Walaupun dia mengakui anak tersebut adalah anaknya. Tapi setelah saya melahirkan, dia menafikan tanggungjawabnya dan mengancam saya serta tidak mahu perkara ini diketahui isteri dan keluarganya.

"Apabila terbongkar, isterinya pula menggelar saya dengan kata-kata hinaan dan menuduh saya cuba mahu merosakan rumah tangga mereka. Suami isteri ini menuduh saya melakukan khidmat pelacuran dan mengatakan saya cuba jadikan suaminya kambing hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki cari ibu bapa angkat untuk anak luar nikah bakal lahir! Ramai berminat, tapi tak sanggup penuhi syarat

ARTIKEL BERKAITAN: “Kak, sakit tak bersalin?” - Soalan wanita muda hamil anak luar nikah buat doktor ini sebak, sedih zina jadi hal biasa

"Saya berasa sangat tertekan dan terancam dengan situasi ini. Saya ingin melakukan ujian DNA untuk membuktikan ini adalah anaknya, tapi dihalang oleh isteri dan keluarganya," dakwanya lagi.

Dalam perkongsiannya menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) itu, pengadu turut bertanya sekiranya ada tindakan yang boleh dilakukannya untuk mendapatkan pembelaan.

Di ruangan komen, seorang individu berkata anak tersebut tidak berhak untuk menerima nafkah daripada si bapa kerana statusnya yang tidak sah taraf.

"Dalam Islam, anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang sah dianggap sebagai anak luar nikah atau anak tak sah taraf. Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan (dikaitkan) kepada bapa biologinya daripada segi hukum syarak.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Ada individu memilih jalan mudah dengan membuang anak luar nikah. -Gambar hiasan

"Daripada sudut undang-undang syariah, bapa biologi tidak bertanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada anak luar nikah kerana anak itu tidak dinasabkan kepada bapa.

"Ujian DNA boleh dilakukan untuk membuktikan siapa bapa biologi anak tersebut, tetapi ia tidak mengubah status anak dari sudut syariah," komen seorang individu.

Huraian mengenai hal ini juga dijelaskan secara terperinci menerusi laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sementara itu seorang lagi wanita turut menitipkan kata-kata semangat buat pengadu agar dia terus cekal membesarkan anaknya.

"Sedihnya baca. Semoga dipermudahkan Allah segala urusan saudari. Move on, teruskan melangkah, bina kerjaya dan masa hadapan, dan jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama," tulis wanita itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain