suria

Isteri tergores hati, suami terus terang pilih utamakan adik-beradik... Beri alasan jika bercerai terus tiada kaitan

Syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki suami. -Gambar hiasan

SESEBUAH institusi kekeluargaan akan kukuh apabila pasangan suami isteri saling memahami antara satu sama lain.

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang isteri mengeluh dengan sikap suaminya yang dikatakan bersikap tidak adil.

Lebih mengejutkan apabila si isteri mengajukan soalan cepumas kepada pasangannya dan si suami bertindak membalas dengan jawapan yang cukup kontroversi.

Suami isteri masing-masing perlu memainkan peranan untuk rumah tangga yang berkekalan. -Gambar hiasan

"Saya jarang berbual dengan suami sebab kami selalunya sibuk uruskan tanggungjawab masing-masing. Untuk makluman, suami saya ni sangat pentingkan keluarga belah dia dan adik-beradiknya.

"Kewangan kami pula boleh dikatakan kukuh, saya pun ada perniagaan sendiri. Jadi pada satu malam tu ketika kami sedang berbual, saya tanya kepada suami, antara saya sebagai isteri dengan adik-beradik dia, siapa yang akan diutamakan?

"Alangkah tergamamnya saya apabila suami cakap dia akan pilih ahli keluarga dia dulu. Sebabnya hubungan adik-beradik tak akan pernah putus. Kalau dengan isteri, jika ditakdirkan bercerai, memang terus tiada apa-apa ikatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha cari nafkah lepas dipecat, enggan dilabel ‘biawak hidup’... Isteri bergaji besar malu suami kerja sementara jadi pak guard

ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur

"Tergores hati saya dengar, padahal selama ni saya tak pernah berkira dengan suami tentang nafkah. Malah kalau suami nak lebihkan belanja bulanan kepada ibunya saya benarkan, saya hanya tutup sebelah mata," luah wanita itu hiba.

Wanita itu kemudiannya mempersoalkan kedudukan dia di mata suami.

"Tak mengapa, kini sudah jelas segalanya. Untung kalau berada di tempat adik-beradik suami, walaupun bukan pasangan sehidup semati, tapi mereka tetap lebih duitamakan.

Belajar hargai isteri, kerana dia satu-satunya insan yang akan berada di sisi awak hingga ke akhir hayat.

WARGA MAYA

"Jadi sekarang saya ingin bertanya, adakah betul pendekatan suami saya ini?," ujar wanita itu mencari jawapan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya dilihat mengutarakan pandangan yang menyebelahi wanita itu.

"Kepada lelaki di luar sana, sedarlah kalau apa-apa terjadi kepada awak di kemudian hari, sekiranya awak ditakdirkan jatuh sakit sehingga terlantar atau sebagainya, isteri ini la yang akan bertungkus-lumus untuk menjaga awak siang dan malam.

Pelayar bertukar pandangan.

"Adik-beradik atau ahli keluarga yang disayangi tu mungkin sekadar datang melawat untuk tunjuk muka. Belajar menghargai isteri, kerana dia satu-satunya insan yang akan betul berada di sisi awak hingga ke akhir hayat.

"Kepada sis tu, awak ada sebut yang awak memiliki perniagaan sendiri, bermakna pendapatan awak melebihi daripada suami. Boleh la tu perlahan-lahan tukar segala aset ke atas nama awak, sediakan payung sebelum hujan.

"Dalam agama pun ada sebut, kalau daripada segi nafkah, seorang suami harus mengutamakan isteri dan anak-anaknya, kemudian baru keluarga serta ibu bapa," ujar warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain