SEORANG pengusaha bengkel di Pulau Pinang tular kerana membakar sebuah motosikal yang baru dihadiahkan kepada pekerjanya. Menurut Muhammad Afif Harun, 36, motosikal terpakai jenis Yamaha LC itu baru sahaja dihadiahkan kepada salah seorang pekerjanya pada awal Oktober lalu. Namun katanya, dia kecewa apabila pekerja tersebut ditangkap Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) kerana terlibat dengan penggunaan dadah jenis methamphetamine yang turut dikenali sebagai ais, syabu, atau batu. Bengkel yang diusahakan Muhammad Afif yang turut dikenali sebagai Along Boss. "Saya bakar motosikal tu pada hari Sabtu. Saya beli daripada pemilik asal untuk diberikan kepada seorang pekerja saya. Dah dua tahun dia kerja dengan saya, selama ini tiada masalah. "Tiba-tiba dia kena tangkap dengan Narkotik, dia terjebak hisap batu. Itu yang saya sakit hati, jadi saya bakar motosikal," ujarnya ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut, dia yang lebih dikenali sebagai Along Boss mendedahkan pekerja tersebut merupakan seorang lelaki India yang baru memeluk Islam. Saya akan bagi peluang untuk dia berubah... dah anggap dia macam anak sendiri. MUHAMMAD AFIF HARUN Malah katanya, dia turut menganggap pekerja itu seperti anak sendiri sehingga dibawa untuk menetap bersama di kediamannya. "Saya memang sayang pekerja saya. Dia merantau dari Negeri Sembilan, dia kena buang keluarga. Dulu dia 'main' mushroom. Tapi dah lama berhenti. Saya bagi kerja dan izinkan dia tinggal di rumah saya. "Hari tu dia keluar dari rumah saya, kemudian dia duduk di bengkel. Sejak itu macam-macam masalah. Saya baru tahu dia hisap batu pula. Saya stres sebab saya sayang dia," ceritanya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak penunggang tersadai tepi highway, tak ada orang tolong! Ada sebab pemuda ini berhenti, bantu tunda motosikal habis minyak ARTIKEL BERKAITAN: Rider termenung jauh... Pasrah jual motor ‘Ysuku’ baru dibeli demi tampung kos rawatan ibu, fikir cari kerja lain Menurut Muhammad Afif, pekerja itu yang baru sahaja dibebaskan turut merayu agar diterima kembali untuk bekerja dengannya. "Kalau ikutkan tak nak jamin, tapi kita fikir sayang, pergi jamin juga. Sekarang dia masih ada di sini. Dia janji nak berubah. Saya dah halau tapi dia merayu. "Saya akan bagi peluang untuk dia berubah. Saya dah anggap dia macam anak sendiri," ujar pengusaha bengkel di Jawi, Nibong Tebal yang mempunyai 45 orang pekerja itu. Menurut Muhammad Afif, kebanyakan pekerjanya mempunyai sejarah gelap, namun dia berhasrat membantu komuniti itu untuk mencari pendapatan dan mengubah masa depan mereka. Muhammad Afif sentiasa memberi peluang kepada bekas penagih dadah untuk bekerja dengannya bagi mengubah nasib hidup mereka. "Kebanyakan pekerja saya main dadah. Saya memang nak bantu orang yang bermasalah. Polis pun tahu bengkel saya ada pekerja yang bermasalah. "Ramai yang saya ambil bekerja, mereka berubah dan berhenti ambil dadah. Alhamdulillah, ada yang sampai dah kahwin. "Saya juga ada bisnes lain macam gerai buah dan gerai burger untuk bantu golongan-golongan ini mendapatkan pekerjaan," ujarnya yang sudah lima tahun membuka perniagaan bengkel. Untuk rekod, video Muhammad Afif membakar motosikal itu meraih lebih 1.6 juta tontonan sejak ia dimuat naik ke TiKTok pada Ahad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube