UMUM mengetahui perbuatan bermain kayu tiga merupakan satu perkara dilarang agama dan dipandang cemuh oleh masyarakat. Namun seseorang itu masih boleh terjebak dengan kancah kecurangan atas pelbagai faktor yang melemahkan benteng keimanan. Melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita dilihat cuba menegakkan benang basah apabila dia menjelaskan asbab yang mendorongnya untuk menggoda suami orang. Nafsu yang tidak dikawal akan membawa bahana kepada diri. -Gambar hiasan Menurut wanita itu, dia tidak berbangga dengan apa yang dilakukannya, malah mendakwa keadaan sekeliling memaksanya untuk menjadi begitu. "Pada asalnya aku sangat membenci perempuan yang ada skandal dengan suami orang. Tapi itulah jangan terlalu mengeji, sekarang ni aku sendiri yang terikut buat benda sama. "Aku ada kekasih gelap dengan rakan sekerja di pejabat, dia sudah berumah tangga. Terjadi begini kerana aku terbawa-bawa budaya memasang skandal di syarikat aku kerja ni. ARTIKEL BERKAITAN: Suara suami terketar-ketar terjah bini dekat pondok polis, dakwa curang dengan anggota penguat kuasa ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur "Sejujurnya aku rasa kesian dekat anak dan bini kepada teman lelaki aku tu, cuma aku tak boleh berhenti. Dengan dia je la aku selesa untuk meluahkan perasaan ni. "Kisah percintaan kami ni bermula daripada sembang kosong je untuk mengisi kelapangan waktu, tak sangka lama-kelamaan boleh jadi serius hubungan kami," ujar wanita itu tanpa segan silu. Itu sebab saya selalu katakan, di samping membenci suatu dosa, sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada melakukan perkara sama. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menganggap justifikasi wanita itu sebagai lemah. "Jawapan begini jelas menunjukkan awak tu perempuan murahan, berjuta-juta lelaki dalam Malaysia, takkan suami orang juga awak ambil sebagai pasangan. Atau diri awak tu memang dah tak laku? Pelayar bertukar pandangan. "Saya sebut satu benda je, hidup ni ada kifarahnya. Cepat atau lambat, perbuatan awak ni mesti akan berpusing dan kena semula kepada awak. Bayangkan suami awak pada masa depan kantoi curang, apa perasaan awak ketika itu? "Itu sebab saya selalu katakan, di samping membenci suatu dosa, sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada melalukan perkara sama. Kita tak tahu hidup kita di depan macam mana," ujar warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube