SEORANG wanita tular selepas tindakannya sedang mencuri pakaian dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV). Video CCTV di sebuah butik pakaian itu menerima lebih 1.4 juta tontonan selepas ia dimuat naik ke aplikasi TikTok. Dalam video itu, pelaku yang memakai tudung dan pelitup muka dilihat berada di bahagian depan premis berkenaan. Pemilik video mendakwa wanita itu turut ditemani seorang lelaki. Secara perlahan-lahan, dia berjalan masuk dan mencapai kira-kira tiga helai pakaian yang digantung sebelum berlalu pergi dari butik itu. "Tengok sampai habis. Apa makcik ni buat. Kubur dah panggil tu makcik, bila nak insaf?" tulis pemilik TikTok Ciktimah Collection yang memuat naik video itu. Di ruangan komen, pemilik video turut bercerita tentang perbuatan wanita itu yang didakwa berkeliaran di kawasan butik bersama seorang lelaki, dipercayai suaminya. Sebelum kejadian, saya tegur makcik tu. Dia ke hulu ke hilir dengan suami dia. PEMILIK VIDEO Kata pemilik video lagi, dia pada awalnya hanya bersangka baik dan tidak mengesyaki wanita itu akan mencuri. "Sebelum kejadian, saya tegur makcik tu. Dia ke hulu ke hilir dengan suami dia. Ke hulu hilir depan kedai banyak kali. "Terdetik juga kat hati, makcik ni ada something tak kena kot. Orang tua, tak mungkin nak mencuri," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita stres dituduh curi RM6,000 duit syarikat! Rupanya nama ‘dipetik’ selepas rakan sekerja rujuk ‘seseorang’ ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dirompak depan mata! Pelaku ‘tenang’ mencuri walau pemilik menjerit, alarm berbunyi - “Mereka tak lari, sangat berani buat kerja jahat” Namun, tanggapan itu salah apabila perbuatan wanita itu akhirnya berjaya dirakam CCTV. "Memang niat nak mencuri. Suami isteri buat kerja. Suami dia ada kat tepi tu dok jaga 'line'," ujarnya sambil menambah dia juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar perbuatan wanita itu yang salah di sisi undang-undang. Kebanyakan premis dilengkapi CCTV bagi tujuan keselamatan. -Gambar hiasan "Ni dah biasa buat ni. Kalau tak, mana berani nak buat begitu. Sedih tengok. "Ya Allah, malunya makcik. Dah la depan CCTV dia buat kerja. "Dia mengingau angkat jemuran kot," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube