DUGAAN bekerja sebagai penghantar bungkusan atau parcel bukan sekadar berhujan dan berpanas serta melayan pelbagai kerenah pelanggan. Jika tidak bernasib baik, mereka juga berkemungkinan berdepan masalah apabila melakukan kesilapan atau cuai ketika bertugas menghantar bungkusan. Seorang pemuda mengakui telah melakukan kesilapan apabila tersalah menghantar bungkusan ke kediaman lain, tanpa mendedahkan barang tersebut. "Saya ada tersalah hantar parcel di unit lain dalam sebuah kondo. Tapi parcel tu cuma diletakkan di luar pintu grill sebab parcel besar. "Dua hari kemudian baru saya perasan yang saya tersalah hantar," katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Penghantar barang mencari rezeki menghantar parcel kepada pelanggan. -Gambar hiasan Tidak mendedahkan lokasi, dia kemudian pergi semula ke kondominium berkenaan untuk cuba berhubung dengan pemilik kediaman yang dipercayai menerima bungkusan tersebut. Bercerita lanjut, dia bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana dihalang oleh pengawal keselamatan. "Bila saya pergi semula ke kondo, pihak sekuriti tak bagi saya masuk tapi mereka yang contact unit residen yang tersalah hantar tu," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas hantar pesanan, ‘rider’ cuba buka pintu rumah... Gadis pasang telinga, ketakutan dengar perbualan nak ‘tibai’ perempuan! ARTIKEL BERKAITAN: Rider selamba batal order pelanggan RM129, tauke bengang kedai makan dikata tutup! - “Jangan borak bab tutup periuk nasi” Ketika ditanya tentang bungkusan yang dihantar, dia amat kesal apabila mendengar maklum balas daripada pemilik rumah berkenaan. "Jawapan daripada penghuni residen adalah dia tunggu dua hari, tapi tak ada orang datang tuntut. Jadi, dia dah buang dalam tong sampah. "Kalau diikutkan, dia tak berhak pun untuk buang sebab parcel bukan atas nama dia dan tak berada dalam lingkungan rumah dia pun. Cuma di luar rumah saja," jelasnya. Kesilapan tersebut mengakibatkan ganti rugi ratusan ringgit. -Gambar hiasan Susulan kejadian, penghantar barang itu kini buntu tentang bagaimana untuk menyelesaikan isu tersebut memandangkan bungkusan tersebut sudah dibuang. Jika hendak membayar ganti rugi, jumlah yang perlu ditanggung bukannya sedikit kerana gaji yang diterima hanya cukup makan. "Macam mana saya nak minta untuk dia bayar semula? Kalau saya yang kena bayar, parcel berharga lebih RM200. Tuan rumah yang awak tersalah hantar tu tak ada common sense. WARGA MAYA "Pihak sekuriti pun macam tak membantu, mungkin sebab memang tak peduli atau nak jaga periuk nasi masing-masing. "Dekat parcel ada butiran owner yang sebenar. Jiran satu blok, cuma 18 tingkat ke atas je. Lagipun parcel di luar rumah. Kalau boleh buang dekat tong sampah besar dekat luar, kenapa tak boleh tolong je hantar pada unit yang betul?" soalnya. Seorang pemuda kusut memikirkan masalah yang dihadapinya. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap insiden yang menimpanya, dan pada masa sama menasihati dirinya untuk mengambilnya sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. "Betul ke orang tu buang kat tong sampah sebab pelik pun ye. Ada alamat orang dekat situ kan. Tapi ya la, hati orang kita tak tahu. "Tak dinafikan tuan rumah yang awak tersalah hantar tu tak ada common sense. Tapi, kalau awak nak ambil tindakan dekat dia pun, secara amnya bukan salah dia, barang tu ada depan rumah dia. Tak boleh nak demand dia bayar apa-apa sebab dia tak terlibat pun dalam urusan penjualan, pembelian dan penghantaran. "Dalam kes ni, memang rider yang kena ganti sebab yang buat silap tu rider. Bukan kurier, bukan pembeli dan bukan orang yang membuang tu. Jadikan pengajaran, supaya rider lebih berhati-hati lain kali," komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube