suria

9 tahun kerja gaji tak naik-naik, tiada OT! Kerani baru nampak redflag syarikat, tapi masih teragak-agak nak ‘cabut’

Persekitaran kerja mempengaruhi prestasi kerja seseorang. -Gambar hiasan

TIDAK dinafikan ada segelintir dalam kalangan kita mampu bertahan selama hampir atau lebih sedekad di tempat kerja yang sama disebabkan faktor tertentu.

Antaranya adalah persekitaran yang baik, rakan sekerja 'sekepala', jarak antara pejabat dengan rumah yang dekat dan sebagainya sehingga membuatkan mereka enggan keluar daripada zon selesa.

Dalam satu hantaran di media sosial, seorang pelayar turut berkongsi situasi dirinya yang masih bertahan di syarikat sama selama hampir sedekad.

setia 1

Masalah di tempat kerja turut menyumbang kepada tekanan. -Gambar hiasan

Apa yang mengejutkan, pelayar tersebut mendedahkan pendapatan bulanannya selama sembilan tahun berkhidmat di syarikat tersebut adalah bawah RM2,000!

Menerusi hantaran yang sama juga, pelayar tersebut bertanya pendapat warga maya sama ada dia perlu bertahan atau mencari pengalaman di tempat baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari menangis atas motosikal... Pekerja baharu anxiety dibuli, makcik senior cuma ada STPM tergugat akademik lebih tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 10 hari dapat gaji, baki tinggal RM200! Pemuda buntu tak cukup duit, ramai ingat ‘senang’ sebab kerja di syarikat popular

"Kalau stay dekat company yang sama selama sembilan tahun tapi basic just RM1,600.

"Kerja kerani... tiada cuti public holiday dan tiada overtime.

"Dah boleh angkat kaki ke eh?" tulisnya dalam hantaran di aplikasi berkenaan.

Amat rugi sembilan tahun, kalau lompat kerja setiap dua, tiga tahun dah berapa kali ganda beza gaji starting.

NETIZEN

Hantaran pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya bukan sahaja berkongsi pengalaman malah mereka menasihatkan pelayar tersebut agar mencari kerja di tempat baharu.

Tidak hanya disebabkan faktor gaji yang sangat rendah, rata-ratanya berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk dia cuba keluar dari zon selesa.

komen 1

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Kerani sembilan tahun, gaji RM1,600 rendah sangat. Angkat kaki kalau ada tawaran lain. Tapi sebelum kau angkat kaki tu, delete file yang kau usahakan dari kosong biar company lama tu mula dari kosong balik.

"Amat rugi sembilan tahun, kalau lompat kerja setiap dua, tiga tahun dah berapa kali ganda beza gaji starting. Saya doakan moga dapat rezeki di tempat yang jauh lagi elok dari company tu.

"Tempat kerja betul-betul sebelah rumah ke sampai boleh tahan sembilan tahun? Berjiran dengan ofis eh? Apa-apa pun semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah.

"Sebagai pekerja kita kena tahu benefit apa yang staf perlu dapat," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain