BUKAN senang untuk menjadi pengusaha restoran, banyak perkara perlu diutamakan termasuk pengurusan operasi mengikut keperluan pelanggan selain bersedia berdepan pelbagai ragam pekerja. Seorang pemilik bersama sebuah restoran di Labis, Johor, yang dikenali sebagai Fai membuat pendedahan di media sosial, mendakwa ditipu oleh tukang masak yang baru diambil bekerja. Akui wanita itu, dia seharusnya lebih terperinci dalam soal pengambilan pekerja baharu dengan meminta butiran peribadi terlebih dahulu bagi mengelak peristiwa sama berulang. “Cuti sekolah lalu (September 2024), pukul 8.30 malam dapat call ‘hai saya datang untuk interview tukang masak’, ketika itu terus kelam kabut ke kedai sampai tersadung jatuh tangga sambil dukung anak. Seorang tukang masak cabut lari bersama anak-anak dan kelengkapan hostel. -Gambar hiasan “Kaki terseliuh, anak jatuh terduduk (sempat tahan). Sampai je dekat kedai, yang nak interview tak sampai lagi. Okay tak apa, sambil tunggu tu bantu la operasi kedai. “Dalam 9:30 malam dia (calon tukang masak) datang. Abang ni berbadan besar, dah minta test masak dan rasa makanan okaylah. Jadi duduk interview dia,” tulis wanita itu. Menurut Fai, dia berasa simpati mendengar kisah kehidupan lelaki terbabit yang begitu menyedihkan. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki pesan makanan utama restoran tapi nak percuma... Sanggup baring atas lantai, pura-pura serangan jantung ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik ditipu, dibuli, nasi lemak viral Raja Muda Selangor 'gulung tikar'... apa yang owner dapat kemudian amat mengejutkan, “Saya nangis peluk suami” “Abang (tukang masak) mula buat cerita sedih, dia tak ada kenderaan, tak ada rumah dah beberapa bulan tak bekerja, dia duduk rumah bapa mentua. “Punca dia tak kerja, dia cakap isterinya dan dua orang anak meninggal dunia pada 29 April 2024. Saya ingat tau. Dia cakap sebab Covid-19. Dia down dan terus tak kerja dah lepas tu. “Jadi dia minta nak duduk hostel, kebetulan restoran saya memang sediakan hostel untuk staf. Esoknya (Isnin) pagi dia WhatsApp cakap nak masuk hostel. Saya bagi kunci hostel,” tulisnya. Pada sebelah petang hari yang sama, Fai pergi ke restorannya dan sempat menjenguk bahagian hostel. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat lelaki itu membawa dua anaknya bersama duduk di hostel. Dah tiga hari makan di situ dengan anak-anaknya dan berhutang. Siap cakap saya yang bayar nanti. FAI “Dia bawa dua orang anak bersama-sama duduk di hostel. Dalam hati, saya kena tanggung dua anak orang yang tidak bekerja dengan sayalaH. Tapi sebab kesian saya biarkan dulu. “Kemudian anak dia yang lelaki turun, dia (anak lelaki) cakap ‘papa (tukang masak) cuti hari ini tak boleh kerja, semput sebab angkat barang banyak’, okay kesian lagi,” katanya. Namun, petang hari yang sama lelaki ini tersebut turun dari hostel dan meminta kunci motor kegunaan staf untuk membawa anak-anaknya keluar entah ke mana dan minta pelbagai makanan dari restoran. “Petang tu dia turun, dia minta kunci motor daripada staf lain. Motor tu memang untuk kegunaan staf. Dia bawa anak-anak ke mana, tak tahu. Malam, dia mula pesan makanan macam-macam, nak lemon ais, roti canai, mi goreng. “Dua kali anak lelakinya turun terus masuk dapur order dengan tukang masak. Okay, masa ni dah tak sedap hati. “Esoknya sama, tak kerja dan masih semput. Dah mula syak macam-macam ni. Tapi, tengok je dulu,” jelasnya. Menurut pengusaha restoran itu, kedainya hanya dibuka pada waktu malam dan operasi ditutup pada setiap Selasa. Namun, lelaki tersebut meminta untuk masuk ke dapur dengan memberi alasan mahu menyediakan pes masakan untuk keesokan harinya. “Hari Selasa memang restoran tutup jadi tak kerja. Petang dia (tukang masak) ketuk pintu staf duduk hostel juga. Dia minta kunci kedai nak buat pes. Kononnya masakan semua kena guna pes dia buat sendiri. “Saya tak bagi tapi abang sulung benarkan dan restoran tu kami kongsi. Saya tengok CCTV dia ambil barang-barang makanan, dia masak dalam kitchen. “Tak buat pes pun. Habis bahan masakan dalam tu dia ambil bawa naik hostel,” katanya lagi. Lebih mengejutkan, pemilik kedai makan sebelah kedai Fai turut menghubunginya memberitahu bahawa lelaki tersebut dan anak-anaknya sudah tiga hari makan di kedainya malah berhutang. “Dah tiga hari makan di situ dengan anak-anaknya dan berhutang. Siap cakap saya yang bayar nanti. “Bila dah kantoi dia (tukang masak) buat-buat sakit, suruh staf bilik sebelah call ambulans konon dia semput teruk. Ambulans ambil dia dan anak-anak tinggal dalam hostel. “FYI (for your information) suami saya kebetulan memang staf KKM. Saya call MA (pembantu perubatan) bertugas ambil dia. MA tu cakap dia cuba minta nak ambil nebulizer,” katanya. Apabila Fai meminta supaya dia dihantar semula ke restoran, lelaki itu mula takut dan akhirnya melarikan diri bersama anak-anak sambil membawa barangan hostel. “Kemudian, saya minta ambulans hantar dia semula ke hostel. Dia dah takut. Saya masa tu di Melaka sedang bercuti. Dia kemudian lari bersama barang-barang hostel yang saya sediakan untuk staf,” katanya. Hantaran pelayar berkenaan mengundang perhatian warga maya yang menyarankan pengusaha itu untuk membuat laporan polis. “Jenuh la macam ni perangai. Buat report polis tak dia makan tidak berbayar tu? “Tak bersyukur. Orang susah cari kerja, dia interview terus dapat kerja dapat itu ini. Tapi tak kenang dek untung. “Kalau suka buat cerita sedih ni, memang awal-awal lagi kena berhati-hati,” antara komen pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube