suria

Suami mesra chat rakan ‘office’, dah kantoi label pula isteri cemburu buta - “Pukul 2 pagi dia minta maaf dekat perempuan tu”

Perasaan cemburu bukan sesuatu yang asing buat wanita yang sudah bergelar isteri. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI perasaan cemburu sememangnya normal buat setiap wanita yang sudah bersuami.

Namun begitu, ada segelintir suami yang mengambil remeh soal batas pergaulan dengan rakan wanitanya malah menganggap isterinya seorang yang cemburu buta, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita.

Apa yang lebih membuatkan dirinya 'sentap', suaminya juga bertindak menyebelahi rakan wanitanya.

"Suami saya ada mesej dengan kawan wanita di tempat kerja dia. Saya kenal dan rapat baru beberapa bulan kerana kami selalu lepak bersama.

"Teks dalam WhatsApp tu dia wish 'good night, 'good luck sayang untuk interview', 'thank you untuk beberapa hari ni luangkan masa' dan panjang lagi.

SUAMI 2

Komunikasi adalah cara terbaik untuk mengelakkan perselisihan faham. -Gambar hiasan

"Pukul 3 pagi Allah gerakkan hati saya untuk check telefon suami dan WhatsApp tu berada di bahagian archive," tulisnya dalam satu hantaran di grup Facebook.

Jelasnya, dia menggigil sebaik membaca mesej berkenaan dan terus mengejutkan suaminya yang sedang tidur untuk meminta penjelasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak, bini di Putrajaya tapi doktor mahu kekal di Sarawak! Isteri syak suami hanyut dengan penyondol - “Di sana godaan sangat besar”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak boleh berhenti, terlalu selesa” - Wanita sedar diri ‘sondol’ suami orang, tapi enggan undur demi jaga perasaan sendiri

"Laki saya ada minta maaf dan dia kesal apa dia buat tapi dia selitkan ayat 'perempuan tu tak salah sayang, saya yang salah. Awak janganlah benci dia. Dia anggap awak tu macam kakak. Awak jangan salah faham dengan dia'.

"Ada suatu hari, husband minta maaf dekat perempuan tu pukul 2 pagi sebab saya bergurau kasar dalam grup lepak kami.

"Padahal gurau saya spontan dan saya pun dah minta maaf dekat dia atas gurauan tu.

"Tapi suami cakap saya bergurau tak kena tempat, takut perempuan tu kecil hati dengan gurauan saya," luahnya lagi.

Laki kalau dah bersayang dengan betina lain, dia memang maksudkannya.

NETIZEN

Tambahnya, insiden-insiden tersebut cukup untuk membuatkan dirinya trauma dan curiga apatah lagi setiap kali mereka keluar lepak bersama dengan rakan lain.

Menurut wanita itu lagi, dia bukan mahu mengongkong suaminya namun sekadar ingin lelaki tersebut menjaga hatinya dan tahu batas-batas sebagai suami orang.

Perkongsian wanita berkenaan mengundang perhatian warga maya namun rata-ratanya menyarankan supaya dia berhati-hati kerana suaminya menunjukkan tanda-tanda mahu berlaku curang.

KOMEN SUAMI

Reaksi netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Cegahlah sebelum terlambat. Kata-kata sayang, rindu, tak perlu untuk orang luar... cukup untuk family sendiri.

"Dia suruh berbaik bermesra dulu sesama madu. Silalah ajak bersilat sebelum terlambat.

"Laki kalau dah bersayang dengan betina lain, dia memang maksudkannya. Overthinking tu bagus. Kalau tak jalan juga, over action saja sis," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain