suria

Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti... Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri

Sokongan dan bantuan ahli keluarga penting untuk memastikan majlis perkahwinan berjalan lancar. -Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan adalah satu daripada peristiwa penting dalam hidup bakal pengantin untuk diraikan bersama insan tersayang.

Namun seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila orang terdekat dengannya, terutama adik beradik tidak menunjukkan sokongan terhadap majlis perkahwinannya seperti mana yang diharapkan.

Berkongsi kesedihan di media sosial, individu yang tidak mendedahkan identiti dirinya ini tidak dapat menafikan kesedihan apabila keluarganya tidak mengambil cuti sehari sebelum majlis dijadualkan berlangsung.

"Normal ke kalau kita kahwin, adik beradik tak ambil cuti sehari sebelum majlis kita? Majlis lagi kurang sebulan. Boleh kata 90 peratus dah hampir siap buat dan A hingga Z saya uruskan sendiri.

Majlis perkahwinan merupakan momen penting bagi setiap individu. -Gambar hiasan

"Adik beradik tak ramai. Mak ayah ada lagi tapi tak nak susahkan mereka sangat. Tapi bila kita pandai berdikari sangat, orang sampai lepas tangan begitu je," ujarnya dalam luahan di Facebook.

Sebagai individu yang menguruskan hampir semua persiapan majlis bersendirian, bakal pengantin ini turut berasa dirinya kehilangan sokongan moral daripada keluarga.

Dia tidak menyangka sikapnya yang dianggap terlebih berdikari juga membawa kesan negatif apabila adik beradik langsung tidak ambil tahu tentang majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu buat pendedahan mengejutkan tetamu! Anak lelaki tak jadi kahwin, pasangan batal nikah saat akhir... Majlis resepsi bertukar doa selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak 2 kali cerai, terbaharu belum habis idah dah rancang kahwin lagi... Adik malu besar, enggan jadi wali

"Sehari sebelum majlis, adik-beradik semua tak ada yang ambil cuti. Masing-masing kata mereka kerja.

"Saya tak minta pun duit. Cukup ada sama-sama sehari sebelum dan hari kejadian. Tak dapat support banyak, cukup bagi sokongan moral dan meraikan pun saya dah gembira.

Kena belajar cakap baik-baik kalau perlukan pertolongan, bukan sekadar cakap dalam hati.

NETIZEN

"Rasa menyesal pula buat majlis. Kalau tahu macam ni, baik dari awal saya akad nikah dan jamu orang masjid makan sahaja," jelasnya.

Perkongsian pengadu yang bakal melangsungkan majlisnya kurang satu bulan dari sekarang itu mendapat pelbagai respons di ruangan komen.

Rata-ratanya menjelaskan bahawa mereka memahami bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab sehingga adakalanya terlupa perkara yang perlu diberi keutamaan.

Komen netizen di Facebook.

"Normal saja sebab yang nak kahwin tu kamu bukan adik beradik. Mereka ada kehidupan dan kerja masing-masing. Macam kamu juga. Lagi-lagi cuti sehari sebelum, hari majlis mereka cuti tak?

"Awak ada minta tolong mereka tak? Ke harap mereka faham sendiri cuma cakap dalam hati tapi tak terus terang perlukan bantuan? Susah macam ni kalau dah kahwin nanti.

"Kena belajar cakap baik-baik kalau perlukan pertolongan, bukan sekadar cakap dalam hati," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain