suria

Mak ayah nikah di Siam 28 tahun lalu tapi tak pernah daftar, tak ingat berapa kali cerai, rujuk... Nasab 10 anak diragui!

Perkahwinan di luar negara perlu didaftarkan mengikut undang-undang negara. Gambar hiasan

PERNIKAHAN pasangan tempatan di luar negara tidak diiktiraf undang-undang jika tidak didaftarkan di negara ini.

Pasangan yang bernikah di Thailand misalnya dan tidak membuat pendaftaran bakal berdepan masalah besar pada masa hadapan malah turut memberi kesan terhadap anak yang dilahirkan.

Pengamal undang-undang syariah, Hazwani Zainal menerusi aplikasi TikTok berkongsi satu kes melibatkan pasangan suami isteri yang bernikah di Thailand.

Bagaimanapun, pasangan tersebut dikatakan mengambil ringan bab pendaftaran nikah, cerai dan rujuk.

Terdapat dua isu serius perlu wanita ini bincangkan lebih mendalam.

Terdapat dua isu serius perlu wanita ini bincangkan lebih mendalam.

"Bagi mereka perkara ni tak penting, tapi kesannya cukup besar sebab melibatkan banyak masalah kemudian hari.

"Dah la nikah tak berdaftar, kemudiannya tak ingat dah berapa kali bercerai dan rujuk. Lepas tu ada pula anak. Kesan paling besar adalah pada anak-anak tersebut sebab status mereka tergantung kerana kejahilan ibu ayahnya," tulisnya di ruangan kapsyen.

Bercerita lanjut mengenai kes ini, Hazwani berkata kisah ini terbongkar apabila dia dihubungi seorang wanita yang baru terfikir tentang status perkahwinannya dengan suami di Thailand, 28 tahun lalu dan tidak pernah didaftarkan.

Kini, wanita itu juga ragu-ragu tentang status hubungan dengan suami kerana mereka masing-masing tidak dapat mengingati dengan jelas sudah berapa kali bercerai dan rujuk semula.

Menurut cerita wanita itu, dia adalah isteri kedua dan dikurniakan enam anak lelaki dan empat perempuan sepanjang perkahwinannya, dengan yang sulung telah berusia 27 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak daftar nikah, wanita kahwin di Siam 15 tahun lalu terima bahana... Gagal tuntut wang KWSP arwah suami

ARTIKEL BERKAITAN: Nikah di Thailand sah tapi boleh jadi haram dan dosa besar - Ustaz Azhar Idrus

Menyedari kes ini agak rumit, peguam itu cuba mendapatkan kepastian daripada wanita tersebut tentang berapa kali dia sudah bercerai.

"Kami memang tak ingat puan. Saya rasa macam dah lebih dari tiga kali tapi suami kata dua kali saja," jawab wanita itu.

Mendengar jawapan wanita berkenaan, Hazwani terus memberi nasihatnya.

"Bab nikah cerai dan rujuk ni tak boleh nak main rasa-rasa sebab ia melibatkan nasab keturunan," tegas peguam ini.

Kami memang tak ingat apa puan. Saya rasa macam dah lebih dari tiga kali tapi suami kata dua kali je.

ISTERI

Hazwani seterusnya mencadangkan apa yang perlu dilakukan pasangan ini bagi mencari jalan penyelesaian.

Menurut Hazwani, perkara pertama yang perlu dilakukan mereka berdua adalah memfailkan pengesahan nikah supaya mahkamah dapat menyiasat sama ada pernikahan di Thailand dulu sah atau sebaliknya.

Jika pernikahan itu diputuskan sah, langkah seterusnya adalah membuat pengesahan cerai dan rujuk di mahkamah.

"Tujuannya untuk mahkamah tentukan sama ada masih ada jumlah talak yang berbaki atau sebenarnya dah terjatuh talak tiga.

"Andai kata mahkamah putuskan puan dan suami sebenarnya dah talak tiga jadi anak yang lahir selepas talak tiga tu perlu disahkan nasab mereka sebab timbul isu anak tu anak sah taraf atau tidak," jelas Hazwani panjang lebar.

Masih ramai yang ambil ringan akan perkara mustahak ini.

Pasangan yang bernikah di luar negara perlu mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.

Mendengar penerangan peguam, wanita itu bertanya lagi kemusykilan yang terbuku di hati.

"Kalau mahkamah putuskan nikah saya dengan suami di Thailand tu tak sah, macam mana?" soalnya lagi.

Sekiranya perkahwinan itu tidak sah, Hazwani berkata, isu cerai dan rujuk tidak perlu lagi disahkan kerana pernikahan tersebut dari awal tak wujud dari segi syarak.

Bagaimanapun, timbul pula isu lain melibatkan anak-anak yang dilahirkan hasil daripada hubungan pasangan ini.

"Puan perlu failkan pengesahan nasab di mahkamah bagi mahkamah tentukan sama ada anak tersebut boleh dinasabkan kepada ayah biologi sebagai anak wati syubhah atau tidak," katanya.

Setelah faham penjelasan yang diberikan oleh Hazwani, wanita itu sempat merungut dia perlu melakukan proses yang merumitkan.

"Allah, rumit betul nak uruskan semua perkara ni," katanya.

Sebagai respons, Hazwani berkata kes sebegini memang kerana melibatkan isu nikah tanpa kebenaran, isu cerai dan rujuk yang tidak dapat dipastikan berapa kali serta isu sah taraf anak.

"Nak tak nak tetap kena selesaikan sebab nanti anak perempuan nak bernikah akan jadi masalah," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam, setiap pasangan yang gagal mendaftar tetap tidak diiktiraf, sekali gus akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain