suria

Suami selesa menganggur, kuat membuta! Cuma mahu ‘kerja’ hantar anak ke sekolah, bini ke pejabat - “Dia bangun hanya untuk makan”

Ada segelintir suami tidak bertanggungjawab dengan membiarkan isterinya mencari nafkah seorang diri. -Gambar hiasan

TANGGUNGJAWAB memberi nafkah terletak pada bahu seorang suami yang juga ketua sesebuah keluarga.

Namun berbeza dengan situasi yang dikongsikan oleh seorang wanita yang mana dirinya pula keluar bekerja dan mengambil peranan sebagai ketua keluarga memandangkan si suami tidak menjalankan tanggungjawabnya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, suaminya sudah hampir setengah tahun menganggur malah tidak pernah berusaha mencari kerja untuk menyara keluarga mereka.

"Suami saya dari bulan Disember sampai dah bulan sekarang masih tak bekerja. Saya pernah tanya bila nak kerja.

"Tapi alasan dia 'siapa nak hantar saya kerja?', 'siapa nak hantar dan ambil anak sekolah?'. Saya cakaplah sementara tu pinjamlah motor mak dia nak pergi kerja.

"Tapi dia macam berbelah bahagi pula. Dia sekarang tidur je. Pagi lepas dah siap hantar saya dan anak-anak, dia sambung tidur.

"Tengah hari lepas ambil anak, dia sambung tidur sampai petang ambil saya. Balik sambung tidur semula. Dia bangun hanya makan," luah wanita berkenaan.

SUAMI 1

Suami isteri sewajarnya bekerjasama dan bertoleransi berkaitan tugas mencari nafkah dan membuat kerja rumah. -Gambar hiasan

Bukan tidak membantu suaminya mencari pekerjaan, malah pelbagai cara sudah dilakukan namun usahanya seolah-olah mencurahkan air ke daun keladi.

"Saya dah tolong dia dalam pelbagai segi. Saya cari dalam Facebook jawatan kosong, saya tanya kawan-kawan, saya tangkap gambar kalau nampak banner jawatan kosong.

"Apa lagi yang saya tak tolong? Doa sahaja tak cukup. Kena usaha juga. Ikhtiar setiap hari," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, kaki phone ada hati desak tambah anak! Isteri tak setuju diugut kahwin dua, guna modal tak dapat layanan batin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas sampai obes dan malas solat, isteri salahkan didikan keluarga! Dakwa mentua jenis alim tapi pengotor

Disebabkan si suami tidak bekerja, maka menurut wanita tersebut, segala perbelanjaan keluarga ditanggung olehnya.

"Duit nafkah jangan tanya langsung tak ada. Dari susu, lampin pakai buang, yuran tadika... duit pengasuh pun saya yang bayar.

"Semasa dia bekerja dulu pun dia payah beri duit nafkah. Dia hanya beli barang keperluan anak-anak sikit je.

"Dia diberhentikan kerja sebab kerap ponteng. Dalam setahun, mesti dua atau tiga tempat dia diberhentikan kerja. Macam-macamlah alasan dia.

"Ada yang tanya, kenapa hantar anak ke pengasuh? Kenapa tak tinggal je dekat si suami? Dia jenis tidur mampus. Kalau saya biar dia yang jaga, saya tak tahu apa akan jadi dekat rumah bila saya kerja," luahnya yang merupakan ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Pulangkan balik dekat mak ayah dia. Biar mak ayah dia yang tolong jagakan dia pula.

NETIZEN

Menurutnya lagi, sudah beberapa kali dia menegur dan cuba berbincang dengan suaminya namun ia berakhir dengan pergaduhan.

Justeru disebabkan sikap pemalas suaminya semakin melampau, wanita tersebut berkata dia sedang mempertimbangkan untuk membawa masalahnya kepada mahkamah syariah.

"Dah jadi terbalik dah hidup kami. Saya memang tak boleh dah hidup macam ni.

"Ada yang cakap saya jenis perempuan yang tinggalkan suami masa susah. Sekarang ni bukan istilah susah atau senang. Sekarang ni tak bertanggungjawab, lepas tangan!

"Saya tak kisah nak hidup sederhana tetapi kenalah rajin kerja. Bukan harap duit jatuh dari bulan. Sampai bila nak hidup macam ni," luahnya lagi.

komen suami malas

Warga maya tampil memberikan nasihat dan pandangan terhadap perkongsian individu berkenaan.

Hantaran wanita tersebut mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya menasihatkan dirinya supaya berpisah daripada terus terseksa menanggung biawak hidup.

"Puan dah boleh berdikari, kenapa masih sanggup bela dia. Dia ada pun tak membantu, malah menyusahkan. Pergi mahkamah, failkan segala tunggakan nafkah. Dapatkan balik hak puan.

"Kalau dah tak tahan, tunggu apa lagi? Awak pun dah tahu jawapannya... daripada bela biawak hidup macam ni. Tak ada kemajuan.

"Pulangkan balik dekat mak ayah dia. Biar mak ayah dia yang tolong jagakan dia pula," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain