suria

Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter

Setiap calon menunjukkan keyakinan ketika menghadiri sesi temu duga. -Gambar hiasan

DALAM keterujaan menghadiri sesi temu duga, ramai yang berdebar-debar memikirkan apakah yang bakal berlaku di dalam bilik bersama penemu duga kelak.

Dari resume sehingga ke pemakaian dan penampilan, pastinya pemohon pekerjaan berharap dapat memberikan tanggapan pertama yang baik berkaitan diri mereka.

Seorang pemuda berkongsi cerita tentang pengalamannya terlibat dalam menguruskan sesi temu duga untuk mencari pekerja baharu.

Dia yang lebih dikenali sebagai Ezzat pada mulanya menyangka salah seorang calon tidak dapat menghadiri sesi temu duga yang diadakan, namun sangkaannya meleset.

Calon-calon mengisi permohonan pekerjaan. -Gambar hiasan

"Kalau boleh gambar dalam resume tu jangan la pakai filter, pakailah gambar yang original.

"Aku ingat budak tu tak datang temu duga, rupanya sudah lama terpacak dekat situ. Lain benar mukanya," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Tanpa mendedahkan syarikat dan lokasi sesi temu duga serta identiti individu berkenaan, dia menjelaskan bahawa pihaknya sememangnya menitikberatkan penampilan calon.

"Untuk jawatan yang saya buka, ye kami amat menitikberatkan bagaimana penampilan mereka," ujar Ezzat secara ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon hantar resume foto muka penuh satu ‘page’! HR disaran terima bekerja, bimbang ‘dihantui’ gambar gergasi

ARTIKEL BERKAITAN: Penemu duga kerja kena ‘sound’, calon ‘sentap’ ditegur cara perkenalkan diri - “Encik tahu ke perangai saya macam mana?”

Hantarannya itu meraih perhatian ramai termasuklah penemu duga lain yang berkongsi pengalaman mengenai gambar calon pada resume yang disunting menggunakan aplikasi sehingga berbeza daripada wajah sebenar.

"Pernah dapat yang lain betul muka. Lepas mereka masuk bilik temu duga, kita duduk tengok gambar dia dekat resume, kemudian tengok dia yang tengah duduk depan kita.

Mereka tak diajar atau tak nak ambil tahu benda-benda macam resume ni.

WARGA MAYA

"Ada seorang calon lelaki ni, dia hantar resume tapi gambar atas motosikal. Ya tuhan, dengan filter oren-orennya lagi.

"Selalu buat sis terperanjat, ingatkan salah orang. Dalam gambar macam model kebangsaan. Depan-depan peringkat sekolah pun tak lepas," demikian antara komen warga maya.

Bukan mahu mengaibkan, mereka menjelaskan bahawa gambar pada resume itu antaranya untuk memudahkan penemu duga merisik dan mengenali calon, sebelum menyemak dan menilai kualiti, kelayakan dan pengalaman ketika sesi temu duga.

Mengambil gambar untuk pelbagai kegunaan termasuk foto resume. -Gambar hiasan

Dalam pada itu, salah seorang warga maya memberi pandangan bahawa panduan menghasilkan resume perlu diajar dari peringkat pengajian tinggi.

Katanya, para pelajar bukan sahaja perlu bersedia memasuki dunia pekerjaan, malah membuat persiapan yang sewajarnya untuk sesi temu duga.

"Kadang-kadang tertanya-tanya juga sama ada mereka tak diajar atau memang tak nak ambil tahu benda-benda macam resume ni.

"Setiap kolej atau universiti patut adakan seminar cara buat resume, cara hantar emel nak mohon kerja, cara berpakaian untuk temu duga.

"Budak sekarang hmmm tak tahulah nak cakap macam mana. Nanti cakap (kritik) mula lah mengamuk, tak boleh ditegur. Lepas tu kurang ajar dengan kita," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain