MEMBESAR dalam keadaan serba kekurangan bukanlah satu pengalaman menyeronokkan buat kanak-kanak. Malah mereka juga mungkin akan berasa terpinggir kerana tidak mampu memiliki kehidupan yang lebih baik seperti rakan-rakan lain. Di TikTok, seorang wanita tular selepas berkongsi kisah anak perempuannya yang merajuk kerana tidak diberikan duit untuk membayar baju sukan sekolah. Murid B40 mungkin berasa terpinggir melihat rakan-rakan yang lebih kaya. -Gambar hiasan "Pagi ni mood kakak tak okey. Cikgu minta RM25 nak bayar baju sukan. Mama cakap kita bayar hari Rabu atau Khamis. Tapi dia merajuk nak bayar hari ni. "Mama cakap pun tak nak jawab. Biasa kakak faham je kalau mama cakap sabar dulu. Dia cakap nanti kawan-kawan dah bayar, dia seorang tak bayar. "Mama pujuk, cakap tak apa, cikgu kata tak wajib bayar hari ini. Tapi dia diam dan merajuk," cerita wanita itu. Dia cakap nanti kawan-kawan dah bayar, dia seorang tak bayar. IBU Menurut pemilik akaun TikTok itu, anaknya juga sedih kerana terpaksa pergi ke sekolah bersendirian pada hari berkenaan. "Adik pula tak pergi sekolah hari ni. Lagi la dia sedih pergi sekolah seorang diri. Padahal sebelum ni okey je pergi sekolah seorang. "Sabar je la. Anak tengah membesar, banyak ragam," ujar wanita itu menerusi perkongsian yang menerima lebih 250,000 tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak ucapkan selamat tinggal” - Pelajar tingkatan 1 kongsi video akhir sebelum maut jatuh tingkat 8 bangunan sekolah ARTIKEL BERKAITAN: Budak pandai zaman sekolah, dewasa jatuh terduduk! Wanita mengeluh nasib diri, netizen nampak di mana silapnya Di ruangan komen, beberapa netizen turut meluahkan rasa sayu kerana mereka mengerti situasi yang dilalui anak wanita itu. "Ni bukan masalah anak tak faham. Muka anak tebal nak menghadap kawan-kawan. Rasa down, nak pergi sekolah pun malas. Bertabahlah. "Nanti dah besar dia faham sikit-sikit. Dulu saya macam ni juga. Tak faham yang mak saya seorang je bela kami empat beradik. "Sama macam anak saya. Yuran tak bayar, cikgu sebut nama, terus balik menangis," tulis netizen. Kemiskinan tidak patut menjadi halangan untuk seseorang mendapatkan akses pendidikan. -Gambar hiasan Susulan perkongsian itu, seorang bekas guru berkongsi tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekiranya mereka berdepan masalah berkenaan. "Dulu masa mengajar kejap, ada kes macam ni. Saya sarankan kepada ibu bapa yang ada masalah ini, apabila anak-anak minta duit, tulis satu kertas dan letak nombor telefon. "Kemudian kertas tu masukkan dalam sampul raya. Gam kuat-kuat. Beritahu anak, sampul ni jangan buka, bagi (terus) dekat cikgu. Jadi anak-anak tak akan rasa terpinggir. "Dalam sampul tu, boleh tulis ayat minta maaf pada cikgu dan beritahu yang awak belum mampu bayar wang diminta," kongsi individu itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube