SEORANG individu meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi luahan tentang golongan mat rempit yang didakwa lebih laris dalam kalangan wanita. Dalam perkongsiannya, pemuda itu berkata golongan mat rempit lebih mudah mendapat jodoh berbanding lelaki yang berpendidikan dan memiliki kerjaya profesional. "Mat rempit kerja malas, pendidikan tak ada, rumah sendiri tak ada. Yang ada, guna modal motor je. Tapi mudah betul dapat pasangan. Golongan mat rempit biasanya dipandang serong oleh masyarakat. -Gambar hiasan "Lelaki yang matang, stabil dari segi ekonomi, ada pendidikan, rumah dan kereta sendiri, susah pula jumpa pasangan," tulis pemuda itu. Perkongsian itu dibuat menerusi laman Thread, namun mula tular selepas dikongsi semula ke Facebook oleh seorang netizen. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen dilihat kurang bersetuju dengan kenyataan yang dibuat pemuda itu. Memanglah susah jumpa sebab memilih. Dah ada semua. Takkanlah nak yang cikai-cikai. NETIZEN Menurut netizen, golongan berpendidikan tinggi biasanya sukar mendapat jodoh kerana mereka mahu mencari pasangan yang sekufu. "Mat rempit awek mereka mudah dapat, kebanyakannya liar. Jangan bandingkan dengan lelaki berpendidikan dan ada segalanya. Mereka susah dapat pasangan sebab mencari yang sekufu. "Tu maksudnya dia ada standard. Tuhan tak saja-saja lambatkan jodoh melainkan menyediakan yang terbaik. Mat rempit senang dapat jodoh sebab mereka rembat je asal boleh. ARTIKEL BERKAITAN: Kumpulan mat rempit kumpul duit sendiri tolong keluarga susah 'terlepas pandang' ketika PKP - “Kami tak kisah orang sangka buruk” ARTIKEL BERKAITAN: Mat rempit buat ramai ‘naik darah’, memekak dengan ekzos paip senapang waktu solat! - “Orang menyampah sebab perangai kau” "Sebab nak cari yang sekufu tu susah. Sebab itu lelaki matang dan stabil susah jumpa jodoh," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, netizen turut menyindir golongan berkerjaya professional dan menasihati mereka agar tidak terlalu memilih pasangan. Aksi bahaya yang sering dilakukan oleh mat rempit. -Gambar hiasan "Makin tinggi status, akan timbul perasaan yang aku kena cari pasangan sama level. Sebab tu sampai sudah tiada jodoh. Engkau tu yang cari pasangan ikut standard. "Memanglah susah jumpa sebab memilih. Dah ada semua. Takkanlah nak yang cikai-cikai. "Terlalu select kot. Ramai je geng single di luar sana," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube