suria

Lelaki ‘DM’ ajak kenal, wanita jual mahal terus malukan di media sosial - “Kita mahu orang lain, tapi lain pula datang”

Manusia diciptakan di dunia untuk hidup berpasang-pasangan. -Gambar hiasan

JODOH tidak akan datang bergolek dan perlu dicari menerusi perkenalan bersama orang baharu.

Namun bersosial dengan individu tidak dikenali bermaksud seseorang itu akan terdedah kepada ragam manusia yang pelbagai.

Seperti kata pujangga, rambut sama hitam tapi hati lain-lain, tidak dapat diduga bagaimanakah personaliti dan karakter individu yang baru dikenali.

Mendapatkan kepercayaan daripada orang baharu bukannya mudah. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang wanita mencoretkan rasa kecewa kerana perjalanannya untuk mendapatkan jodoh tidak seperti yang diharapkan.

Wanita itu pada mulanya mengisytiharkan dia terbuka untuk bersuai kenal dengan sesiapa yang bersedia menjalinkan hubungan serius.

Sehubungan itu, seorang jejaka tampil menzahirkan rasa minat untuk mendekati wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik ‘Ysuku’ dilamun cinta, tak marah GF tampal stiker berlian ‘bling bling’ - “Saya suka asalkan dia bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu badan berlemak, kini berotot! Wanita kongsi realiti, lelaki gemuk jadi kurus banyak red flag... Berlagak, rasa diri terpaling hebat

"Assalamualaikum, maaf mengganggu, boleh kita bertaaruf (berkenalan)?," sapa lelaki terbabit menerusi ruangan mesej peribadi di Instagram.

Walaupun begitu, wanita tersebut dalam diam sebenarnya sudah menyimpan perasaan kepada lelaki lain.

"Orang lain yang kita mahukan, tapi orang lain pula yang datang," kata wanita itu dengan nada rimas.

Kalau lelaki yang awak suka tu nampak posting ni, mesti dia sendiri naik meluat dengan awak.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kurang bersetuju dengan pendekatan wanita itu dan beranggapan dia mempunyai sikap narsisistik.

"Orang tu hanya suarakan hasrat untuk berkenalan dengan awak, tak perlu aibkan dia begini. Boleh je tolak ajakan dia secara bermaruah, jangan la sampai upload ke media sosial untuk semua orang tengok.

"Awak tu dah dewasa, kenapa perangai masih kebudak-budakan? Awak ingat diri awak tu sudah tahap selebriti ke sampai nak terpaling spotlight. Kalau lelaki yang awak suka tu nampak posting ni, mesti dia sendiri naik meluat dengan awak.

Pelayar bertukar pandangan.

"Saya faham sebagai wanita zaman sekarang, kita kena memilih lelaki untuk elakkan daripada dapat pasangan kaki pukul atau kaki botol, tapi bukan begini caranya sis.

"Biasanya sesetengah perempuan buat begini sebab dia nak kuatkan ego, kononnya dia laku dalam pasaran.

"Cuma kurang enak apabila ia dilakukan dengan cara memalukan orang lain," ujar sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain