suria

Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!

Golongan muda disaran merebut peluang pekerjaan yang ada. -Gambar hiasan

MENERIMA panggilan atau mesej daripada pihak bakal majikan merupakan perkara paling teruja bagi mereka yang mencari pekerjaan.

Kebiasaannya mereka akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan mengenai sesi temu duga yang perlu dihadiri atau berita baik jika diterima bekerja di syarikat berkenaan.

Jika pemberitahuan mengenai temu duga, ia sudah cukup membuatkan setiap calon berdebar-debar memikirkan tenrtang prosesnya kelak.

Sesi temu duga diadakan untuk menilai pencari kerja. -Gambar hiasan

Namun, lain pula yang dilalui seorang wakil majikan mengenai calon pekerja baharu yang memohon untuk bekerja di syarikatnya.

"Hari ini ada orang nak datang temu duga. Umur 19 tahun, baru lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dia nak cari kerja. Semalam dia janji nak datang pukul 11 pagi. Saya tiba di ofis pukul 10.50 pagi," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Calon ‘interview’ dah lama ‘terpacak’ luar bilik disangka tak hadir! Penemu duga tertipu, pesan gambar resume jangan guna filter

ARTIKEL BERKAITAN: Calon hantar resume foto muka penuh satu ‘page’! HR disaran terima bekerja, bimbang ‘dihantui’ gambar gergasi

Tanpa mendedahkan syarikat dan jawatan yang dimohon, individu itu kemudiannya meluahkan tentang sikap calon yang tidak menghadiri ke sesi temu duga berkenaan.

"Saya tengok chat di aplikasi WhatsAppa, gambar profile sudah tiada. Saya cuba hantar satu mesej tapi hanya satu tick," ujarnya yang merujuk tentang mesej dihantar belum diterima.

Mungkin mak ayah orang senang dan mampu tanggung dia.

WARG MAYA

Penantiannya hanya sia-sia apabila mesej yang dihantar kepada calon itu masih menunjukkan tanda satu tick.

"Saya tunggu pukul 11.10 pagi. Saya tengok WhatsApp, masih satu tick. Ternyata saya kena block (disekat).

"Saya terkesima mengenangkan nasibnya yang mencari kerja," luahnya lagi.

Kedengaran pelik, namun segelintir warga maya di ruangan komen menyifatkannya ia sebagai realiti bagi generasi muda.

Lelaki stres dengan realiti yang berlaku membabitkan pencari kerja. -Gambar hiasan

Malah, ada yang mendakwa ia merupakan cara bagi segelintir individu dalam golongan generasi Z berkomunikasi.

"Cara mereka (Gen Z) reject adalah sama ada ghosting atau silent treatment. Itu budaya mereka. Sebab terlalu lama guna telefon, macam itulah cara mereka berkomunikasi. Mereka macam takut bersemuka depan-depan.

"Dia belum masuk universiti, katanya lepas SPM saja. Itu yang dia belum diajar adab nak pergi temu duga. Sikap tidak bersungguh tapi nak bekerja. Mungkin mak ayah orang senang dan mampu tanggung dia," komen warga maya.

Pada masa sama, terdapat warga maya yang turut menyindir sikap biadab pencari kerja itu seolah-olah mereka 'berkuasa' dalam mencari majikan yang diingini.

"Ke depan nanti, orang yang nak cari kerja akan temu duga majikan. Kalau majikan lulus temu duga, baru dia akan lantik majikan tu jadi bos dia.

"Maaf, anda tidak cukup pengalaman untuk jadi majikan saya... Hahaha," kata segelintir warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain