KECURANGAN boleh berlaku di mana sahaja, pada bila-bila masa. Malah dalam situasi tidak disangka-sangka, perbuatan curang dikesan berlaku dalam kawasan hospital melibatkan pesakit yang terlantar di atas katil untuk menerima rawatan. Hakikat yang pahit untuk ditelan, namun itulah nasib malang dialami oleh seorang wanita ketika menjaga suaminya di hospital. "Kecurangan bukan berlaku di tempat kerja saja, tapi kat hospital pun ada," kata seorang individu menerusi satu hantaran di laman sosial. Setiap pasangan mengimpikan pasangan yang bahagia. -Gambar hiasan Menurut individu itu, insiden tersebut berlaku kepada salah seorang saudaranya sendiri. "Cerita betul ya. Saudara juga, jaga suami sakit kat hospital. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin! ARTIKEL BERKAITAN: “Alhamdulillah puas hati jaga dia” - Jururawat reda diceraikan lepas 5 tahun jaga suami sakit, doa moga bahagia dengan isteri baharu "(Pesakit) tak boleh gerak langsung. Memang baring je terkulai layu. Jaga sampailah sihat," katanya. Namun dalam diam, suami kepada wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan isteri kepada pesakit yang terlantar di katil sebelah di dalam wad sama. Seorang dah sakit tapi tak sedar diri... yang seorang lagi, tengah jaga suami sakit pun sempat menggatal. WARGA MAYA "Dalam diam, lelaki tu skandal dengan isteri kepada pesakit katil sebelah. Astaghfirullah. "Lepas dah sihat, dia ceraikan isteri yang jaga dia. Siap dah kahwin dengan isteri orang 'katil sebelah'. Entah apalah nasib lelaki di katil sebelah tu," ujarnya lagi. Pengakuan itu mengundang kemarahan warga maya namun dalam masa sama bersimpati dengan nasib dua pihak yang dicurangi. Orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan Pada masa sama, mereka turut menyalahkan isteri kepada pesakit di katil sebelah kerana tergamak bersikap curang ketika menjaga suaminya yang sakit. "Yang seorang dah sakit tak sedar diri. Yang seorang lagi, tengah jaga suami sakit pun sempat menggatal. Pelik manusia zaman sekarang ni. "Isteri (pesakit) 'sebelah katil' tu pun salah juga. Bagi ruang kecurangan tu jadi. "Mulut masih boleh guna untuk 'mengayat' (menggoda). Mesti jenis mulut manis ni, terkulai pun ada perempuan nak. Patut kena kasi jahit mulut dia sekali tu. "Apabila isteri tak jaga yang sakit tu, kata isteri tak guna. Dah jaga sampai elok (dicurangi pula)... eh jantan jenis puaka ni memang patut pun biar layu," komen warga maya. Sebagai peringatan, janganlah seseorang itu menghampiri zina dan perbuatan zina itu adalah dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube