TINGGAL di tengah kota, ramai wanita terpaksa keluar mencari rezeki bagi membantu suami meringankan beban menyara keluarga. Malah, ada juga isteri yang perlu mengambil alih tugas menguruskan keluarga sepenuhnya kerana mendapat pasangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti perkongsian seorang ibu dengan tiga anak di media sosial, dia perlu bersendirian menguruskan keluarga dan lebih merumitkan keadaan apabila dia kini sedang hamil anak keempat. Menurut perkongsiannya, sebelum ini dia ada membeli sebuah rumah lelong berhampiran pejabat atas namanya sendiri dan menanggung segala kos pembaikan dan renovasi. Dalam keadaan sarat hamil, suami masih membiarkan isteri melakukan kerja-kerja berat. -Gambar hiasan Bagaimanapun, dia nekad untuk berpindah ke rumah tersebut kerana sudah tidak tahan menanggung keletihan menempuh perjalanan jauh apabila dia perlu menghantar dan mengambil tiga anak yang belajar di sekolah berbeza serta perlu bekerja mencari rezeki Menurut wanita tersebut, rumahnya sebelum ini terletak agak jauh dan dia menaiki motosikal ke pejabat dan untuk semua urusan penghantaran anak-anak ke sekolah tetapi kini perlu menaiki kereta kerana hamil, menyebabkan dia perlu berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk. “Semalam pindah dengan anak-anak ke rumah yang lebih dekat dengan ofis. Rumah tak siap sepenuhnya tapi sebab tak sanggup ulang alik jauh, terpaksa pindah sendiri dengan anak-anak. “Hari ni balik rumah suami kerana baju anak-anak masih ada di rumahnya. Buka je pintu, suami cakap tak suka kami datang. Malah, sebelum tu suami mesej beritahu dia tenang apabila kami tiada (di rumah miliknya). ARTIKEL BERKAITAN: Wanita simpati jiran pakai lampin masa haid, si suami kedekut anggap ‘pad’ bukan nafkah! Jerkah anak, bini makan lebih 2 kali sehari ARTIKEL BERKAITAN: Asyik keletihan selepas diizin bekerja, suami merungut isteri dah tak mampu urus rumah tangga sempurna macam dulu “Dipendekkan cerita, selesai kemas baju anak-anak hampir jam 4 petang, kami putuskan untuk ikut suami keluar makan,” kata wanita itu. Wanita itu bagaimanapun terkejut apabila suaminya tiba-tiba menghempas bakul baju kotor sambil marah-marah atas alasan dia tidak menjalankan tugas mencuci pakaian. Dia bagaimanapun tetap bersabar dan tidak menjawab sebaliknya meneruskan saja hasrat untuk mengikut suaminya keluar makan. “Dia (suami) marah saya tak cuci pakaian kotornya. Dalam perjalanan, dia sound saya 'tahu pula lapar'. Sedihnya suami cakap macam tu sedangkan saya masih di bawah tanggungjawab dia. Dia boleh cakap, 'kalau tak larat, tak payah hidup, pergi bunuh diri je'. ISTERI “Katanya kalau saya tiada, dia boleh je jaga anak-anak. Dia buat saya macam pengemis,” dakwa wanita itu lagi. Menurut wanita itu, dia juga seolah-olah tidak boleh meluahkan rasa penat atau letih kerana luahan sebegitu akan mengundang rasa marah suami. "Dia boleh cakap, 'kalau tak larat, tak payah hidup, pergi bunuh diri je'. "Sejak tu rasa sedih sangat, tergamak dia cakap macam tu," katanya sambil menambah dia akhirnya tidak makan kerana terlalu sedih. Isteri sarat hamil terbeban urus keluarga dan tiga anak sendirian. -Gambar hiasan Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia sebelum ini sudah mengajak suami berpindah ke rumah lelong yang dibeli kerana jaraknya lebih dekat dengan sekolah ketiga-tiga anaknya tetapi lelaki itu enggan kerana tidak mahu mengeluarkan wang untuk proses ubah suai. Malah dia juga pernah ditinggalkan sendirian menguruskan anak-anak apabila suaminya bekerja di Bintulu, Sarawak. “Dah lama ajak suami pindah tempat lebih dekat dengan ofis, dia tak nak atas alasan tak mahu keluar modal untuk renovasi. “FYI (for your information), saya beli rumah lelong ni pun terpaksa sebab setiap kali bergaduh dia (suami) suruh saya dan anak-anak keluar kerana kami menumpang di rumah dia. “Jadi, rumah lelong baharu dibeli ini guna duit saya 100 peratus,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube