KONFLIK di tempat kerja boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lebih teruk, konflik ini bukan sahaja akan mengganggu fokus, malah boleh menyebabkan seseorang kehilangan kerjayanya. Di TikTok, seorang penceramah dikenali sebagai Daniel Themudu turut berkongsi nasihat tentang hubungan sesama rakan sekerja. Konflik di tempat kerja akan menyebabkan suasana bertukar toksik dan kurang menyenangkan. -Gambar hiasan Dalam perkongsian itu, Daniel turut berkongsi ciri-ciri individu yang dianggap sebagai orang paling jahat di tempat kerja. "Orang yang paling jahat dekat tempat kerja ni bukannya orang yang tikam belakang, kaki complaint, kaki kutuk atau kaki ampu. "Tetapi (mereka adalah) saksi-saksi yang melihat anda dianiaya tapi memilih untuk mendiamkan diri demi menjaga periuk nasi mereka sendiri. Renungkan. Sebab di pejabat tu bukan kawan atau adik-beradik kita. NETIZEN "Konflik dan buli tempat kerja boleh diatasi bila yang menjadi saksi memilih untuk berdiri dan bersuara," ujarnya yang banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah motivasi, kepimpinan dan rumah tangga. Perkonsian video oleh Daniel meraih lebih 210,000 tontonan selepas 24 jam dimuat naik ke aplikasi TikTok. Malah, topik hangat itu turut menarik perhatian ramai pekerja yang tampil berkongsi kisah masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: 9 tahun kerja gaji tak naik-naik, tiada OT! Kerani baru nampak redflag syarikat, tapi masih teragak-agak nak ‘cabut’ ARTIKEL BERKAITAN: Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR Menurut seorang individu dikenali sebagai Elit, dia turut menjadi mangsa selepas tampil mempertahankan seorang rakannya di tempat kerja. "Bila kawan saya dianiaya, markah dia disabotaj, saya lantang pertahankan. Sampai part saya, saya dipindahkan secara tak adil. "Tiada siapa datang tunjuk empati, malah buat tak tahu. Jaga tengkuk masing-masing," kongsi Elit di ruangan komen. Seorang lagi pelayar TikTok dikenali sebagai Akak Oren turut berkongsi pengalaman sama yang dilaluinya sebelum ini. Ada pekerja yang terpaksa meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan situasi toksik yang melanda. -Gambar hiasan "Saya saksi yang menyuarakan kesalahan yang saya nampak menindas orang lain. Tapi saya kena balik. Jadi saya memilih untuk berhenti sebab yakin rezeki ada di mana-mana," tulisnya pula. Malah, beberapa netizen yang lain turut menyatakan rasa setuju dengan kenyataan yang dibuat oleh penceramah berkenaan. "Setuju. Ramai sangat. Kadang-kadang bos pun sama tak nak buat tindakan. "Betul sangat. Tutup mulut terus. Terkontang-kanting seorang diri dianiaya. "Sebab di pejabat tu bukan kawan atau adik-beradik kita," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube