PEKERJA pembersihan merupakan antara wira yang tidak didendang dan sering dipandang sepi dalam masyarakat. Meskipun kerjaya itu tidak glamor dan dikaitkan dengan kekotoran, namun jasa mereka sebenarnya sangat besar kepada pembangunan negara. Di platform X, seorang individu turut berkongsi tentang penderitaan yang dilalui pekerja pembersihan di tempat kerjanya. Cleaner wajar dibayar setimpal atas kerja keras yang mereka lakukan. -Gambar hiasan Menurutnya, pekerja wanita yang sudah lanjut usia itu tetap gigih datang bekerja walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot. "Makcik cleaner di pejabat saya sangat baik. Dia orang tua. Hari-hari masuk kerja pukul 7 pagi sampai 7 malam. Naik bas. "Kaki mengengsot sebab takut nak pergi hospital. Kalau kena jalani pembedahan, nanti nak cari duit macam mana? Cleaner syarikat saya pun wanita tempatan yang dah tua... sedih tengok umur macam tu masih bekerja. NETIZEN "Jadi dia memang layak terima bayaran yang baik untuk kerja kerasnya," ciap individu itu. Dia berkongsi kisah itu sebagai respons kepada pendapat seorang pelayar X tentang pekerja pembersihan yang sepatutnya diberi gaji RM2,000 sebulan. Ramai netizen turut menzahirkan rasa sayu membaca kisah itu dan berharap kerja keras golongan berkenaan sentiasa dihargai oleh orang ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Gaji lumayan, jadi ‘cleaner’ pun sanggup! Pemuda nak sangat kerja di Singapura, tawar saguhati jika bantu dapatkan pekerjaan ARTIKEL BERKAITAN: Cleaner otai ‘sound’ rakan junior ‘kedekut’ sebab enggan kongsi job! Diri sendiri malas buat marketing, promosi servis "Pukul 7 pagi sampai 7 malam? Lamanya waktu kerja makcik tu. "Syarikat dia tak provide medical coverage ke? "Sedihnya... awak patut kumpul dana untuk rawat kaki dia," cadang netizen. Dalam pada itu beberapa pelayar X turut berkongsi kisah mengenai pekerja pembersihan di tempat mereka. Segelintir individu memandang rendah terhadap mereka yang bekerja sebagai cleaner. -Gambar hiasan "Masa saya intern, ada seorang makcik cleaner yang sangat baik. Dia nak beli payung pun tak mampu. "Makcik cleaner dekat kolej saya pun sangat baik. Saya sentiasa tegur kalau terserempak mereka. "Cleaner syarikat saya pun wanita tempatan yang dah tua. Sedih tengok umur macam tu masih bekerja," kongsi netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube