ADAB menuntut ilmu adalah penting bagi memastikan setiap apa yang dipelajari itu diberkati.. Menurut Imam Al-Ghazali, pelajar perlu khusyuk ketika mendalami ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1,000 kali dan jangan sesekali menyangkal kata-kata guru. Namun, adab pelajar pada masa kini dilihat makin terhakis apabila ada kalangan mereka dengan selamba menegur atau memperlekeh kewibawaan guru ketika mengajar. Guru ini menjelaskan dia juga menggunakan bahasa Melayu ketika mengajar. Seorang pengguna X berkongsi tentang kebiadaban seorang pelajar yang mempertikaikan bahasa yang digunakan gurunya ketika sedang mengajar subjek Matematiknya secara dalam talian. "Saya orang Melayu sir, saya bukan penjajah," kata pelajar berkenaan yang tidak bersetuju pengajaran Matematik dilakukan dalam bahasa Inggeris kerana menganggapnya sebagai bahasa penjajah. Dalam video berdurasi 1.06 minit itu, kenyataan pelajar berkenaan mendapat perhatian guru lelaki berkenaan yang kemudian memberikan teguran kepadanya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak pensyarah bengang, ibu gigih buat nota, siap angkut ke kelas tapi pelajarnya sombong belaka - “Madam hantar soft copy nota kepada kami” ARTIKEL BERKAITAN: Biadap... Hisap Rokok Ketika Cikgu Sedang Mengajar! "Baguslah awak, apa yang membuatkan awak rasa bila cakap macam tu awak rasa hebat? Boleh saya tahu? Adakah bila awak kata macam tu, awak rasa diri awak hebat? "Ataupun awak ni cukup Melayu? Ataupun awak rasa berada di level di atas? Boleh saya tahu ajaran yang telah diajar pada awak selama ini?" kata guru tersebut. Melalui riak wajahnya, guru itu nampak seperti sedang menahan kemarahan tetapi masih bersikap profesional dalam memberi teguran. Reaksi warga maya. Guru itu juga menegaskan bahawa dia tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam sesi pembelajaran, sebaliknya turut menyelitkan penggunaan bahasa Melayu. "Jika awak perasan apa yang saya tengah bagi pada awak memang saya gunakan dwibahasa. Awak perasan tak saya tulis bahasa Melayu?" soal guru berkenaan. Sementara itu, di ruangan komen warga maya mengecam pelajar terbabit yang dianggap terlalu kurang ajar dan tidak tahu menghormati guru. "In fact this is the truth and hidden colour of our young generation nowadays (sebenarnya inilah kebenaran dan sikap sebenar generasi muda kita pada masa kini). "Mulut biadab, bercakap langsung tak ada fikir hati dan perasaan orang lain. Apatah lagi respect elder people (menghormati orang yang lebih tua)," kata pengguna warga maya. Inilah kebenaran dan sikap sebenar generasi muda kita pada masa kini. NETIZEN Ada juga yang mengaitkannya dengan didikan ibu bapa. "Budak biadab ni, 100 peratus salah mak bapa dia yang biarkan jadi macam tu. "Orang kampung pun, walau bertani, hidup kais pagi petang, masih ada yang pandai didik anak supaya tak jadi kurang ajar. "Guru itu ibarat lilin yang membakar dirinya bagi menyuluh jalan kepada pelajar-pelajar yang sesat dalam kegelapan. "Tak kisah cikgu guna bahasa apa, asalkan ilmu itu sampai, beradablah kamu dengan cikgu yang menyampaikan dan memanusiakan kamu," kata beberapa pengguna X. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube