TUGAS memasak, mengemas rumah, menjaga kebajikan serta keperluan anak-anak dan suami menjadikan seseorang wanita itu sebagai insan hebat. Walaupun tidak bergaji dan perlu bertugas 24 jam sehari, insan bergelar ibu dan isteri ini tidak pernah lalai dalam melaksanakan rutinnya. Pun begitu, kesibukan menguruskan perihal rumah tangga adakalnya menyebabkan para wanita mengabaikan penampilan diri hingga dijadikan alasan untuk suami cari pengganti. Kesibukan isteri mengurus anak dan rumah tangga menjadi alasan suami curang. -Gambar hiasan Perkongsian peguam syarie yang dikenali sebagai Nurul Atikah menerusi media sosial tentang topik ini mencuri perhatian warga maya. Tulisnya, dia pernah mengendalikan dua kes perceraian berpunca daripada kegagalan isteri untuk berhias di rumah dan tidak kelihatan cantik hingga mendorong suami curang. “Saya jumpa dua orang isteri yang sangatlah soft spoken. Lembut sahaja berbicara. Suara pun kalau bercakap kuat masih lagi lembut... MasyaAllah. ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk jadi punca suami curang, wanita nekad jaga badan... Lepas setahun tinggal 57kg, terus minta cerai ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kemas, wangi... suami tertipu, dah kahwin baru tahu isteri cantik pengotor teruk - “Pad berdarah dia, aku ajar cuci bersih” “Tapi kenapa la si suami curang. Isteri tu kalau naik suara pun, tinggi mana saja suaranya,” kongsi penguam yang mengendalikan kes syariah di sekitar Lembah Klang itu. Katanya, punca si suami curang adalah kerana isteri tidak cantik dan sibuk menguruskan anak-anak. “Hanya sebab isteri dah tak cantik di mata dia (suami) dek kerana sibuk urus anak, dijadikan alasan untuk dia curang. Kata si suami dia tak diberi perhatian. Para isteri yang terlebih lembut sampai kena pijak kepala kena juga belajar jadi mean girl. WARGA MAYA “Akhirnya isteri juga yang salah. Sepatutnya suami kena sama-sama jaga anak. Ingatlah bukan suami saja perlukan perhatian. Isteri juga perlukan perhatian. “Semua kesalahan dia (suami), dia (suami) rasa tidak salah. Yapi yang buatkan kesalahan itu terjadi adalah isteri. Itulah mental torture kepada isteri,” katanya lagi. Perkongsian peguam itu mendapat perhatian netizen terutamanya dalam kalangan wanita. Ternyata rata-ratanya meluahkan rasa sakit dengan perbuatan curang golongan lelaki terutamanya apabila menjadikan hujah isteri sudah tidak cantik di mata mereka sebagai alasan. Penceraian akan beri kesan kepada anak-anak. -Gambar hiasan "Kawan saya yang soft spoken pun kena macam tu. Mereka yang lemah gemalai ni selalu kena mental torture. "Nak jadi nice girl sangat... akhirnya begitulah, tak dihargai. Para isteri yang terlebih lembut sampai kena pijak kepala kena juga belajar jadi mean girl sekali sekala. "Tak faham apa lelaki nak. Dapat isteri baik tapi dia memilih untuk curang. Nak rasa diri hebat kot dapat berbini dua," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube