GARA-gara kerap melancong, seorang anak terpaksa menanggung beban apabila ibunya meminta dihadiahkan iPhone dan membuat pinjaman kereta untuk kegunaan adiknya. Permintaan ibunya itu dibuat setelah melihat si anak yang juga peniaga kelihatan berkemampuan dari segi kewangan kerana kerap melancong bersama keluarga. Perkara itu didedahkan pakar kewangan, Azizul Azli Ahmad yang menerima mesej daripada isteri lelaki berkenaan, meminta nasihat bagi menangani masalah berkenaan. Hanya kerana kerap melancong, ibu mentua sangka kehidupan anaknya sekeluarga mewah. -Gambar hiasan "Mak mentua saya sudah berapa kali suruh suami saya untuk hadiahkan latest iPhone dan buatkan loan (pinjaman) kereta untuk adik dia yang masih belajar dengan alasan adik suami saya tu cemerlang dan dia tak mampu nak bagi apa-apa sebab dia dan ayah mentua dah pencen. "Pada dia suami saya macam paling senang dalam adik beradik sebab kami suami isteri suka travel (melancong). "Mak mentua guna ayat dia tak mampu jadi boleh harapkan anak-anak lain je untuk reward (hadiahkan) anak dia yang tengah belajar tu dan memandangkan kami ada duit lebih for travel so kami mesti boleh support si adik punya loan kereta," luah wanita berkenaan kepada Azizul Azli. ARTIKEL BERKAITAN: Buat loan 60K bantu langsai hutang sahabat, tapi pengorbanan tak dihargai... Pemuda ini merana bayar bulanan bank ARTIKEL BERKAITAN: Gaji cukup makan, suami kerja ‘gomen’ ada hati buat loan 200K untuk ibu! Isteri terbaca mesej di telefon mentua Menurut wanita itu lagi, dia hanya mengetahui perkara tersebut selepas mendesak suaminya yang kelihatan runsing dengan permintaan ibunya supaya berterus terang. "Kami berdua berniaga sendiri ada perniagaan masing-masing, masa cuti pun kerja. Masa travel tu je la ada masa untuk each other (antara satu sama lain) dan anak. "Travel pun sejujurnya banyak saya yang keluar duit sebab perniagaan suami kecil kalau dibanding dengan saya, tapi takkan la benda ni saya nak kena cakap dengan mentua, kesian la suami saya nanti jatuh air muka dia," katanya. Pandangan warga maya Wanita itu juga mengakui sangat menyayangi ibu mentuanya dan dalam masa sama tidak mahu bermasam muka dengan suami berkaitan isu ini. "Saya tahu suami takkan buat loan kereta tu tetapi saya tak nak mentua ulang-ulang cakap pasal benda macam ni dan lepas tu bermasam muka dengan suami," katanya. Mengulas mengenai isu ini, Azizul menasihatkan pasangan berkenaan terutama suaminya untuk bertegas. "Bab hutang kena bertegas, elakkan buat hutang untuk orang lain. Itu pantang larang kewangan utama," katanya. Sementara itu warga maya pula memberi nasihat jangan sesekali memanjakan orang lain yang pada hakikatnya tidak berkemampuan bagi mengelak masalah di kemudian hari. Jangan biasa manjakan orang yang tak mampu tapi masih ada kudrat untuk usaha sendiri. NETIZEN "Jangan sekali-kali buat loan untuk orang lain sebab hutang ni bukan hal mainan. Jangan biasa manjakan orang yang tak mampu tapi masih ada kudrat untuk usaha sendiri sebab nanti dia ingat itu tanggungjawab kita pula nak jaga dia. "Boleh tolong adik beradik yang fakir miskin asal mereka dah usaha sedaya upaya. Ramai sangat ada hati nak menumpang tanpa usaha di akhir zaman ni. Kalau dia kerja sekuat kita kerja demi Allah insyaAllah rezeki tu cukup," kata Liza Zainal. "Pemikiran orang tua tak macam kita Tak kiralah kita fikir apa, belum tentu orang nak sokong kita. Lagi-lagi anaknya lelaki. Terpulang nak beri atau tak, kalau dimarah kena tahan. Tapi bagilah takat mampu," komen beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube