BUKAN mudah untuk menjadi suri rumah yang mana wang perbelanjaan hanya bergantung sepenuhnya pada nafkah diberikan suami. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang dipertemukan jodoh dengan lelaki yang kedekut dan berkira. Seperti mana wanita ini, dia merupakan suri rumah yang tidak mempunyai wang simpanan dan hanya bergantung pada nafkah yang diberikan suami. "Boleh ke saya minta duit bulan-bulan kat suami? Saya tak minta banyak pun. Kalau boleh RM10 sebulan pun tak apa. "Tapi kalau suami tak bagi, tak dikira berdosa kan sebab kadang-kadang suami berkira bab makan dengan saya dan anak," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Suri rumah membeli barang dapur untuk memasak buat suami dan anak-anak. -Gambar hiasan Dalam luahan itu, dia bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa suaminya masih menyediakan makan dan minum serta keperluan asas kecuali tempat tinggal. ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlantar sakit curang dalam wad hospital, main cinta dengan bini pesakit katil sebelah... Lepas sihat terus cerai isteri! ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video "Suami saya belikan barang dapur. Bil air, WiFi suami yang bayar. Kalau tempat tinggal, rumah, abah saya yang bagi duduk. "Cuma kalau saya mengidam, ternampak gerai-gerai di tepi jalan, saya dan anak nak makan, suami kadang tak bagi beli," ujarnya tanpa mendedahkan gaji bulanan suaminya. Suami memperuntukkan sejumlah wang untuk keperluan barang dapur. -Gambar hiasan Susulan itu, dia cuba untuk mencari jalan bagi memperoleh pendapatan sampingan bagi menampung kehendaknya. "Saya nak kerja luar tapi ada masalah sikit. Saya nak kerja dari rumah berniaga online. "Saya tak pandai dan payah nak keluar bila barang perlu COD (tunai semasa penghantaran) dan pos," ujarnya. Bagi RM10 sebulan je. Bini bukan budak sekolah. WARGA MAYA Luahan suri rumah itu mengundang sebak dalam kalangan warga maya yang bersimpati dengan nasib yang dialaminya. Malah, ada antara mereka memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu dan mendoakan agar dilembutkan hati suaminya untuk menjadi lebih rasional dan bertanggungjawab. Seorang wanita mencari keterangan memikirkan tentang hala tujunya. -Gambar hiasan "Kasihannya awak sis. Dapat pula suami yang macam tu. Betullah lain orang, lain dugaan dia. "Kalau suami buat tak tahu je, memang saya akan minta. Dari duit itulah boleh beli barang yang kita nak guna untuk diri sendiri. "Mintalah sebagai upah buat kerja rumah. Memang tanggungjawab dia, bukan setakat bagi makan dan pakai saja. Keperluan mekap dan nak pergi salon pun perlu juga," demikian antara komen warga maya. Dalam pada itu, ada yang menyifatkan jumlah yang diminta wanita berkenaan iaitu sebanyak RM10 sebulan adalah tidak mencukupi. "Tak kan gaji ribu riban, bagi RM10 sebulan je. Bini bukan budak sekolah. "Dapat suami kedekut tahap dewa, RM10 pun berkira," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube