suria

Pekerja tak puas hati dipaksa hadir program hujung minggu, HR minta utamakan syarikat sebelum keluarga

Setiap pekerja perlu mematuhi arahan majikan seperti mana yang termaktub dalam kontrak. -Gambar hiasan

DALAM dunia pekerjaan, tugas kita bukanlah sekadar di pejabat dalam ruang lingkup masa yang ditetapkan semata-mata.

Sesekali, syarikat juga akan menganjurkan program di luar waktu kerja untuk mengeratkan hubungan sesama kakitangan.

Namun, seorang individu meluahkan rasa kurang senang apabila dia terpaksa mengikuti program sosial anjuran syarikatnya yang dibuat pada hujung minggu.

Tekanan di tempat kerja boleh menjadi punca seseorang itu meletakkan jawatan. -Gambar hiasan

Tekanan di tempat kerja boleh menjadi punca seseorang itu meletakkan jawatan. -Gambar hiasan

Dalam perkongsian di Facebook, individu itu berkata penganjuran program berkenaan juga menyebabkan rancangannya untuk bersama dengan keluarga tergendala.

"Bertanya pada yang arif, syarikat ada mengadakan sosial program wajib hadir yang pada hujung minggu dan bermalam yang mana cuti hujung minggu adalah hak pekerja dan digantikan dengan cuti ganti.

"Tetapi pada tarikh berkenaan saya telah menempah awal program saya dan keluarga sendiri untuk berhujung minggu dan melibatkan pelbagai kos.

Surat tawaran juga tidak dinyatakan komitmen perlu bermalam adalah skop dalam berkerja.

PEKERJA

"Apabila saya memberitahu kepada pihak sumber manusia (HR) syarikat, mereka menyuruh saya membatalkan program saya yang mana kos kerugian ditanggung oleh saya kerana program syarikat adalah wajib," luahnya.

Dalam hantaran sama, individu itu mengakui dia turut menghubungi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk bertanyakan lebih lanjut tentang haknya sebagai pekerja.

"Saya telah menghubungi JTK dan dimaklumkan syarikat memang boleh panggil bekerja bila-bila masa saja walaupun hujung minggu dan saya faham untuk kes tertentu memang boleh diwajibkan tetapi ini hanya program sosial pekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat lama makin maju, bekas staf teruja diterima masuk bekerja semula... Tapi terkedu HR beri syarat pelik

"Saya kurang arif di mana hak pekerja pada hujung minggu walaupun tidak tertulis di dalam surat tawaran kerja hanya ada hari Isnin ke Jumaat.

"Manakala surat tawaran juga tidak dinyatakan komitmen perlu bermalam adalah skop dalam berkerja," luahnya lagi.

Hantaran individu itu di grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) turut mendapat respon daripada beberapa netizen.

Seorang netizen meminta individu itu agar lebib bertolak ansur sekiranya dia mahu bekerja lama di syarikat berkenaan.

Penganjuran program di luar waktu kerja bukanlah satu perkara yang pelik.

Penganjuran program di luar waktu kerja bukanlah satu perkara yang pelik.

"Boleh slow talk. Mesti ada give and take. Dalam syarikat kita tak boleh nak menang semua benda. Kita nak lama kerja kat sana," tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen turut meminta pengadu untuk bersedia dengan sebarang kesan buruk sekiranya dia bertindak melawan arahan majikan.

"Awak sudah ke JTK dan faham hak pekerja. Jadi dalam kes ini, terpulang pada awak untuk panjangkan atau tolak ansur.

"Kalau masih nak fight, boleh saja tapi akan ada kesan dan akibat. Cuma fikir dulu sebelum bertindak, sanggup ke tidak," tulis seorang lagi netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia