suria

Dalam proses cerai, wanita tak gembira dapat tahu diri hamil! Tawar hati suami upload foto, sebut nama arwah isteri setiap hari

Setiap wanita bergelar isteri berdepan pelbagai ujian dan dugaan. -Gambar hiasan

TIADA siapa pernah meminta perkahwinan yang dibina atas dasar cinta terputus di tengah jalan.

Bagaimanapun, itulah keperitan dialami seorang wanita yang kini dalam proses penceraian kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

Namun pada masa sama, dia tidak menyangka menerima satu berita yang mengejutkan ketika dia dan suami merancang untuk berpisah.

"Saya baru dapat tahu yang saya mengandung. Tipulah kalau saya kata tak nak anak ni.

"Sepatutnya ini menjadi berita gembira untuk pasangan yang dah berkahwin, tapi sebaliknya pada saya," luahnya.

Tiada persefahaman menjadi punca keretakan rumah tangga. -Gambar hiasan

Bercerita lanjut menerusi satu hantaran di laman sosial, dia menjelaskan bahawa hubungannya dengan suami tidak mampu lagi dipertahan.

"Keadaan kami memang langsung tidak mengizinkan kami untuk ada anak bersama," ujarnya.

Dia kemudian mendedahkan antara punca sebenar yang membawa kepada keretakan rumah tangganya sehingga nekad untuk bercerai.

"Saya dah tak rasa mampu untuk meneruskan perkahwinan ni, suami tak pernah hargai saya sebagai isteri.

"Suami juga tak pernah back-up saya apabila keluarga dia mengata saya macam-macam," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

Paling membuatkan hatinya sakit apabila suami masih terkenangkan arwah isteri sehingga mengganggu emosinya.

"Emosi saya memang down sangat. Suami memang 100 peratus tak boleh move on dari arwah isteri dia. Hari-hari update gambar dan video arwah.

"Segala pakaian dan keperluan arwah masih ada dalam bilik tidur kami, bahkan nama arwah hari-hari disebut," katanya lagi.

Jangan gugurkan, doakan semoga anak tu nanti akan jadi penguat hubungan suami isteri.

WARGA MAYA

Menurut wanita itu lagi, dia kini dilema sama ada mahu meneruskan kehidupan tanpa suami dalam keadaan sedang hamil.

"Andai kata saya pilih untuk gugurkan kandungan, macam mana ya?" luahnya.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

Sebagai peringatan, haram hukumnya menggugurkan kandungan bukan kerana faktor kesihatan, justeru semua perlu menjauhinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan nasib yang dialaminya, dan pada masa sama meminta supaya tidak menjadikan anak yang berada dalam kandungan itu sebagai mangsa penceraian.

Malah ada yang menyifatkan zuriat itu mungkin dapat mengembalikan seri dan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami.

"Janganlah gugurkan. Ramai orang yang nak anak tapi Allah belum izinkan. Semoga awak terus kuat demi anak ya.

"Jagalah anak tu puan. Semoga anak itu yang bakal menjadi peneman hidup hari-hari puan. Anak tak berdosa, jagalah ia dengan sebaiknya.

"Jangan gugurkan, doakan semoga anak tu nanti akan jadi penguat hubungan suami isteri," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain