BERSUAMIKAN lelaki yang pernah menjadi hak milik wanita lain, memerlukan keterbukaan hati dan kesefahaman yang sangat tinggi apatah lagi jika mempunyai anak yang perlu disara. Isteri baharu juga perlu menangkis perasaan cemburu apabila suami mengutamakan keperluan anak-anaknya kerana itu merupakan tanggungjawab seorang bapa. Namun, jika isteri baharu bertolak ansur, jangan pula suami mengambil kesempatan dan ambil tidak acuh nafkah dan keperluannya. Seperti perkongsian seorang wanita di Facebook, dirinya amat terasa hati dengan sikap suami yang berat sebelah dan tidak adil kepadanya. Suami perlu mengawal emosi dan adil mengurus keluarga. -Gambar hiasan Katanya, selepas perkahwinan dengan duda anak dua, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata namun suami tidak memberi nafkah secara adil. Membuatkan dirinya bertambah kesal apabila suaminya memotong jumlah nafkah dua anaknya, apabila bekas isteri meminta wang tambahan sebanyak RM200 dari RM400 sebulan yang diberikan. “Suami bercerai dengan ex wife dia kerana dia tak sanggup hidup susah dengan suami. Pada masa sama dia (bekas isteri) ada banyak skandal dengan lelaki lain. Akhirnya suami naik mahkamah lafaz cerai. “Bekas isteri dia buat tuntutan nafkah anak dan mahkamah perintahkan tuntutan nafkah dipotong melalui gaji suami sebanyak RM400 sebulan untuk dua orang anaknya berpandukan taraf gaji suami ketika itu sehingga berumur 18 tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada anak bersama, wanita geram tunang masih manjakan bekas isteri! Bagi kereta, rumah... Minta duit pun dapat ARTIKEL BERKAITAN: Hakim wanita tolak permintaan nafkah 31k sebulan, anggap permohonan bekas isteri tak masuk akal... "Anda tak jaga anak" “Masa suami bercerai dua orang anak masih kecil, seorang berusia dua tahun dan seorang empat tahun. Sekarang diaorang masing-masing 14 tahun dan 16 tahun dah,” katanya. Selepas tiga tahun bercerai kemudian mereka berdua bertemu dan dalam setahun tempoh perkenalan terus berkahwin dan kini usia perkahwinan sudah 11 tahun. Selepas tahun kelima, suaminya membayar nafkah anak bersama bekas isteri dengan tambahan RM200. “Waktu tu kami dah berkahwin tapi saya langsung tak tahu menahu suami tambah lagi duit nafkah lagi RM200 tu. Lepas dapat tahu, saya cakap pada suami ikut dia la dah rasa ada banyak duit dan mampu tambah. Suami sanggup pukul saya sampai patah tangan dan kena heart attack masuk ICU time tu ISTERI “Saya langsung tak ambil kisah bab nafkah yang anak dengan bekas suami tu. Sehingga diri saya pula yang terseksa dan terkilan sedih. “Suami saya asyik berat sebelah dan tak adil dalam bab nafkah saya dan anak-anak,” katanya lagi. Apa yang membuatkan dia marah dan mengamuk adalah, setiap kali suami memberikan lebih nafkah kepada anak dengan bekas isteri, nafkah anak-anaknya akan dipotong dan perbelanjaan mereka pula tidak cukup. “Sebulan RM600 duit susu, lampin pakai buang dan barang-barang keperluan anak saya tiap-tiap bulan, tapi suami selalu potong bagi tak cukup. Kadang suami beri RM400 kadang RM350. Duit nafkah sana beri on time. “Tak pernah kurang langsung lagi tambah RM100 hingga RM150. Saya stres sampai tekanan darah naik masuk wad setiap kali bersuara dekat suami bab duit dengan bekas isterinya. “Suami sanggup pukul saya sampai patah tangan dan kena heart attack masuk ICU time tu,” kongsinya. Sedangkan, katanya, bekas isteri sering memburuk-burukkan suami walaupun sudah 12 tahun mereka bercerai. Katanya, selepas dua tahun bercerai, bekas isteri suaminya berkahwin lain kerana kena tangkap basaj dengan lelaki dalam rumah. “Saya cakap padanya, kalau nak dekat bekas isteri tu suruh suaminya ceraikan isterinya baru awak (suami) 'kutip' dia (bekas isteri) balik buat isteri. “Jangan curang belakang saya macam ni, wanita itu masih isteri orang, saya dah berputus asa,” katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube